Berita Terkini

42 minit yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 43 minit yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Tiada Dendam, Tidak Anak Tiri Negeri Pembangkang - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 9:31AM

Anwar Ibrahim menyampaikan pidato beliau pada Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak pernah berdendam, memfitnah dan menganiaya mana-mana parti atau pemimpin politik.

Perdana Menteri berkata, kerajaan pimpinannya itu juga tidak pernah menganaktirikan negeri ditadbir pembangkang, termasuk Kedah.

Katanya, ia dapat dilihat apabila Kerajaan Perpaduan mengambil berat hak rakyat di negeri berkenaan, termasuk menaikkan peruntukan.

“Bila orang kata Anwar ini telah menganaktiri, itu cakap apa, itu fitnah, saya tahu apa itu fitnah, saya tahu apa erti sakit bila dipukul, saya tahu bagaimana hidup paling derita dalam lokap, makan susah.

“Saya tahu seksanya Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan anak-anak, (jadi) apa reti boleh (saya) jadi Perdana Menteri saya zalim pada orang, apa reti saya dendam.

“Saya kena pukul, saya kena pukul kamu (semula), saya kena masuk penjara, saya penjarakan kamu (semula), bukan (seperti itu),” katanya ketika berucap pada Program Himpunan MADANI Kedah 2023 di Dataran Stargate, Alor Setar malam tadi.

Anwar berkata, beliau sememangnya mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri tetapi ia membabitkan tugas menyiasat kerana ia adalah peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Manakala, katanya, kerja mendakwa individu adalah di bawah kuasa peguam negara dan tanggungjawab menjatuhkan hukuman menjadi hak hakim.

Jelasnya, tindakan mendakwa yang diambil terhadap mana-mana individu adalah berasaskan bukti diperoleh SPRM tanpa mengira latar belakang parti politik, bukan dibuat atas alasan dendam.

“Jadi dalam Jemaah Menteri tak pernah saya arah tangkap (mana-mana) orang itu (untuk) siasat, tak ada, saya kata siapa yang ambil (rasuah) tak peduli siapa, apakah (daripada) Pakatan Harapan (PH), UMNO, PAS, BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), siasat, tangkap, dakwa, (dan) salah masuk penjara.

“Ini cakap berdegar-degar, cakap pasal hadis, kitab kemudian pertahan orang rasuah apa perangai (ini),” soalnya.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak menjadi pemimpin dan hadir ke Kedah untuk memusuhi sesiapa, sebaliknya bagi menyatakan sudah sampai masa dalam sejarah kerajaan membangunkan semula negeri berkenaan serta Malaysia ke tahap lebih baik.

“Rakyat yang pertahankan integriti, pertanggungjawaban, (malah) makna pemimpin itu (adalah) tanggungjawab bukan keistimewaan.

“Dia (pemimpin) dia nak hebat, bukan kerana outrider (pengiring), kereta besar, orang panggil dia Yang Amat Berhormat, tapi tanggungjawab dia bersihkan negara ini dan bela nasib rakyat miskin,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak mempunyai potensi sangat baik untuk dibangunkan, malah rakyatnya mampu membawa politik, pergiat martabat ekonomi dan membela nasib rakyat.

Ujarnya, sekiranya pimpinan di negeri berkenaan bertanggungjawab, ia dan Malaysia mampu membawa perubahan.

Perubahan itu, katanya, ditentukan rakyat walaupun sememangnya sukar untuk dilaksanakan ekoran cabaran tertentu.

“Yang penting apa? Negara ini mesti diselamatkan, siapa yang akan selamatkan, rakyat yang mesti selamatkan. Rakyat mana? Rakyat yang sedar, tahu tanggungjawab dia.

“Sudah-sudah kita dah jemu, orang cakap soal Melayu, soal Islam martabatkan tapi kerjanya sakau,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berazam membuktikan kepada negara dan dunia terdapat orang Melayu yang mampu memimpin Malaysia ke arah lebih baik, selain berupaya membawa perubahan atas nama Islam.

“Saya nak tunjukkan bawah pimpinan Islam, kita boleh tadbir dengan baik dan tegakkan keadilan bagi semua rakyat negara kita.

“Saya harap anak muda di negara ini bawa juga perubahan ini, bukan dengan kebencian tetapi dengan kasih sayang,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, rakyat terutama di Kedah diseru menyokong Kerajaan Perpaduan yang membawa dasar mengangkat martabat rakyat dan negara.

“Takkanlah sebab buat majlis hari raya nak menang kalah pilihan raya, kerana beri makan hari raya, dapat undi, tidak. Saya tidak mahu saudara saudari sokong saya sebab itu,” katanya. – Getaran, 29 April 2023

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Hassan Pertahan Anwar: ‘Tak Semestinya Pemimpin Perlu Miskin Nak Faham Isu, Buktinya…’

oleh Aiman Sadiq

Semasa 10 jam yang lalu

3 Lelaki Dikesan Menyamar Sebagai Polis Di Lebuhraya Utara Selatan

Semasa 1 hari yang lalu

Proklamasi Melayu: Kertas Siasatan Tun M Selesai, 2 Lagi Pemimpin Akan Dipanggil

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Kereta Api India: Malaysia Sampaikan Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad