web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Jamin Selesai Isu Air Di Kedah Jika Diberi Mandat Dalam PRN

Semasa · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 7:19AM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu gangguan bekalan air di Kedah sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan nanti. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu gangguan bekalan air di Kedah sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita tahu masalah air tidak selesai… kita tidak mahu air ‘teh susu’ di Kelantan dah jadi ‘kopi susu’, betul? Kita tidak mahu Kedah pun jadi kopi susu. Berapa banyak (kawasan) di Kedah ini (pada) waktu raya ini tak cukup air? Betul?

"Insya-Allah, kalau kerajaan (negeri) ini di bawah Kerajaan Perpaduan, masalah air Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan selesaikan… sebab Perdana Menteri juga Menteri Kewangan. Kalau beliau lupa, saya akan ingatkan tolong rakyat Kedah," katanya ketika menyampaikan pidato pada Himpunan MADANI Kedah 2023 di Dataran Stargate, di sini malam ini.

Selain Perdana Menteri, turut hadir ialah beberapa Menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya akan membantu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dalam usaha memajukan semula Kedah.

"Begitu juga masalah perumahan dan tanah di Kedah, saya tahu masalah ini. Insya-Allah, Datuk Seri Anwar bagi tanggungjawab kepada saya (untuk) jaga kampung, jaga desa, saya tidak akan pernah untuk tidak melaksanakan amanah ini.

"Insya-Allah, kementerian ini (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) akan membantu orang kampung sama ada orang Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli untuk kepentingan negeri Kedah dan untuk kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.

Ahmad Zahid berkata kombinasi baik yang terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu dipertahankan demi kestabilan politik.

Dalam pada itu, sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, beliau turut mengulangi pendirian parti untuk terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri meskipun terdapat pelbagai cabaran. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar