web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesatuan Guru, PIBG Sokong Cadangan Pakai Pelitup Muka Di Sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 7:09AM

iGuru menyokong saranan Kementerian Kesihatan (KKM) agar pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes COVID-19. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyokong saranan Kementerian Kesihatan (KKM) agar pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes COVID-19.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, kesihatan dan keselamatan murid perlu diberi keutamaan supaya sekolah menjadi tempat selamat untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

“iGuru akan akur kepada ketetapan yang diputuskan nanti hasil perbincangan dan saranan KKM dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan nanti perlulah jelas dan mengambil kira semua aspek kesihatan dan keselamatan warga sekolah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pematuhan kepada SOP yang betul ketika sesi pembelajaran perlu dilaksanakan apabila sekolah kembali dibuka selepas cuti Aidilfitri minggu depan.

Katanya, pihak sekolah juga perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sekiranya terdapat kes guru atau pelajar yang bergejala seperti batuk.

“Guru dan pelajar perlu mengamalkan penjagaan kesihatan diri seperti kerap membasuh tangan.

“Mereka juga digalakkan memakai pelitup muka jika bergejala dan berada ditempat yang sesak dan ramai orang,” katanya.

Pihak sekolah juga perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sekiranya terdapat kes guru atau pelajar yang bergejala seperti batuk. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pihak sekolah juga perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sekiranya terdapat kes guru atau pelajar yang bergejala seperti batuk. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Pada masa sama, Mohd Azizee meminta semua ibu bapa agar memberikan kerjasama dengan baik kepada pihak sekolah berkaitan anak-anak mereka dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan turut senada dengan Mohd Azizee berhubung perkara tersebut.

Tegas beliau, syor itu wajar dilaksanakan bagi mengekang peningkatan kes COVID-19 susulan penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.

“Asasnya kita nak menjaga kesihatan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang awam. Maka, sudah tentu sekolah perlu diutamakan. Kita dapat lihat peningkatan kes COVID-19, selain pelbagai penyakit dan virus berbahaya ketika ini.

“Kita juga melihat keperluan kesihatan di hospital semakin kritikal. Susulan itu, semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan penularan virus ini dapat dikawal,” katanya.

Beliau turut menggesa mana-mana pihak terutama KPM agar memberikan kit ujian kendiri COVID-19 kepada pelajar.

Katanya, ia bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan dalam mengekang penularan virus berbahaya itu di sekolah.

Terdahulu, media melaporkan KKM akan mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes COVID-19, selain penularan varian Arcturus.

Susulan itu, KPM mengadakan perbincangan khas berkaitan isu penularan COVID-19 dan cadangan pemakaian semula pelitup muka di sekolah seperti yang disarankan KKM, kelmarin.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perbincangan khas tersebut bagi mencari penyelesaian terbaik demi keselamatan dan kesihatan para pelajar yang akan mula bersekolah pada minggu hadapan. – Getaran, 29 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad