web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bantah Rumah Terbuka Bukti Pendirian Pimpinan PAS Tidak Konsisten - Chean Chung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 7:20AM

Menurut Lee Chean Chung, respons baik diberikan Ahmad Yakob dan Dr Ahmad Samsuri itu bagaimanapun tidak selari dengan pendirian Takiyuddin Hassan dan Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantahan dikemukakan PAS terhadap penganjuran majlis rumah terbuka Kerajaan Perpaduan mencerminkan sikap tidak konsisten pimpinan parti berkenaan.

Pengarah Komunikasi Pusat PKR, Lee Chean Chung berkata, percanggahan pendapat tersebut menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Ia khususnya apabila kesemua majlis tersebut menerima sambutan baik Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut beliau, respons baik diberikan kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun tidak selari dengan pendirian Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Mengapakah PAS Terengganu dan Kelantan setuju tapi PAS Kedah dan PAS Pusat tolak? 

“Bukankah ada saluran komunikasi dalaman parti untuk menyelesaikan perbezaan pendapat,” katanya, hairan.

Chean Chung menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Takiyuddin, yang menyifatkan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani enam negeri sebagai mencemar hari kebesaran agama kerana bermotifkan politik.

Dakwa Takiyuddin, retorik kononnya PAS dan Perikatan Nasional (PN) menunggang agama demi politik sudah berbalik kepada kerajaan Pusat.

Tegas beliau, majlis sambutan bersiri itu juga melanggar konvensyen dan adab hubungan antara kerajaan Pusat dan semua negeri terbabit, dari segi wibawa serta bidang kuasa masing-masing.

Membidas kenyataan Takiyuddin itu, Chean Chung berkata, percanggahan pendirian tersebut seolah-olah membayangkan perbezaan dalaman PAS.

“Adakah pendirian bercanggah daripada parti yang sama telah mendedahkan perbedaan dalaman PAS menjadi semakin ketara? 

“Saya juga mengkritik sikap beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang mempolitikkan segala isu termasuk Hari Terbuka Raya Aidilfitri,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu,  senario tersebut menunjukkan terdapat beberapa puak yang terlalu dahagakan kuasa sehingga takut kepada bayangan sendiri. 

“Perlu diperingatkan bahawa rumah terbuka Kerajaan Perpaduan sebenarnya merupakan satu majlis rasmi untuk meraikan Aidilfitri bersama rakyat. 

“Pimpinan kerajaan negeri turut dijemput untuk bersama,” katanya. 

Chean Chung menarik perhatian, rumah terbuka Aidilfitri di Malaysia juga biasa diraikan serta dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum sebagai satu tanda perpaduan dan muhibbah. 

“Parti politik yang bertanggungjawab seharusnya menurunkan suhu berpolitik dan memberi tumpuan kepada isu kehidupan rakyat dan ekonomi. 

“Saya merayu agar rakan-rakan daripada kerajaan atau pembangkang supaya menjadikan kita insan yang berjaya pada bulan yang penuh kebahagiaan ini,” katanya. - Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad