web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM, Menteri Pertahanan Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran Di Rembau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 6:33PM

Shamsul Iskandar (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Muhammad Firdaus (dua, kanan) ketika menziarahinya di Kampung Tanjung Gadong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong dekat sini menerima bantuan kewangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.

Bantuan diserahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Datuk Ton Zalani Mat Darus kepada keluarga Abd Rahaman Che Teh, 73, yang diwakili anaknya Muhammmad Al-Hafis, 35.

Shamsul Iskandar berkata perdana menteri bersimpati dengan ujian yang menimpa keluarga Abd Rahaman apabila rumah pusaka yang didiami terbakar ketika warga emas itu bersama-sama 12 orang terdiri daripada anak, menantu serta cucu berada dalam suasana Aidilfitri.

“Saya hadir mewakili Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan turut bersama saya Datuk Ton Zalani (Setiausaha Politik Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Rembau) serta ahli majlis pimpinan pusat PKR.

“Hari ini saya dan Datuk Ton Zalani menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan mewakili Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan untuk meringankan keluarga ini,” katanya kepada pemberita.

Shamsul Iskandar berkata beliau turut meminta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun untuk membantu keluarga tersebut serta menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutamanya dalam situasi cuaca panas ketika ini.

Sementara itu, Abd Rahaman yang juga bekas imam berkata kebakaran berlaku begitu pantas ketika dia sedang berbuka puasa kira-kira 7.35 malam.

“Saya baru makan tiga biji kurma dan dua suap nasi. Anak saya, Muhammad Anwar beritahu ada bau asap di belakang rumah dan apabila kami ke belakang rumah, kami dapati api sudah marak.

“Kami anak-beranak termasuk cucu keluar dari rumah serta mengarahkan anak-anak mengalihkan kereta,” katanya yang mengucapkan terima kasih atas pemberian bantuan itu.

Media melaporkan sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas rumah mereka terbakar dan musnah sekelip mata dalam kejadian di Kampung Tanjung, Gadong di sini malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Bomba Kanan I (TBK) Mokhtar Ahmad dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.28 malam dan sebaik tiba di lokasi, api sedang marak.

Beliau berkata anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran yang dipercayai berpunca dari bilik stor dan dianggarkan kediaman itu musnah 90 peratus. - Bernama

TAG: Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, bantuan, kebakaran, Gadong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad