web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Produk Hershey Di Malaysia Ada Sijil Halal Sah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 1:10PM

Gambar daripada Instagram Hershey Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk makanan jenama Hershey yang dikilangkan di Malaysia oleh syarikat Hershey Malaysia Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Jurucakap jabatan itu memaklumkan, produk jenama itu turut disahkan halal oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Kementerian Agama Republik Indonesia.

Katanya, BPJPH merupakan Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara berkenaan.

“Kami sedia maklum mengenai gambar dan video yang tular melibatkan produk Hershey dari luar negara menerusi media sosial baru-baru ini.

“Produk terbabit tidak memegang mana-mana pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, perlu diketahui, pengurusan dan penggunaan bahan mentah adalah berbeza ikut negara.

Justeru, katanya, utamakan produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau pengesahan halal dari mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

“Maklumat lanjut mengenai status halal produk berkenaan boleh disemak menerusi pautan ini.

“Semakan turut boleh dibuat menerusi pautan ini,” katanya.

Ujarnya lagi, untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan/logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM sila layari laman sesawang ini.

Terdahulu, media Brunei melaporkan Marshmallow Hot Choco iaitu produk minuman jenama Hershey yang dijual di beberapa pasar raya di negara itu didapati mengandungi bahan tidak halal iaitu gelatin bersumberkan daripada khinzir.

Dapatan itu diperolehi melalui pengesahan daripada syarikat pengeluar produk berkenaan iaitu MISUNG Family Co Ltd, Korea, setelah dihubungi oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) apabila menerima aduan orang awam yang meragui status kehalalan produk terbabit.

Susulan itu, bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara itu, JHES telah mengarahkan pemilik pasar raya untuk mengasingkan semua produk keluaran MISUNG Family Co Ltd, Korea dengan serta-merta di ruang bahagian tidak halal yang tidak terdedah kepada penjualan awam.

Menurut syarikat pengeluar produk, dehydrated marshmallow yang digunakan sebagai salah satu bahan produk tersebut adalah sah mengandungi gelatin yang bersumberkan daging khinzir.

Sehubungan itu, semua pengimport, pasar raya dan kedai di negara itu juga dinasihatkan supaya melakukan tindakan pengasingan serta-merta jika terdapat produk yang sama diedarkan dan dijual di premis masing-masing. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar