web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Lelaki Mengaku Bersalah Lakukan Kekerasan Jenayah, Cederakan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 1:05PM

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 7, Jalan Kulai menghala Kota Tinggi, dekat Kulai pada kira-kira 3 pagi, Sabtu lepas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan menyebabkan kecederaan seorang anggota polis dekat Kulai, pada pagi 1 Syawal.

Khalid Khamis, 38, Mohamed Efendi Mohamed Said, 40, dan adiknya Muhammad Fazli Mohamed Said, 24, didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd Namiri dengan niat menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 7, Jalan Kulai menghala Kota Tinggi, dekat Kulai pada kira-kira 3 pagi, Sabtu lepas.

Sementara itu, Mohamad Haikal Karim, 23, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Hasrull dengan menggunakan tangan dan kaki, di lokasi dan waktu yang sama.

Khalid, Mohamed Efendi dan Muhammad Fazli dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mohamad Haikal pula didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati membenarkan Mohamad Haikal diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin manakala tiga yang lain - Khalid, Mohamed Efendi dan Muhammad Fazli, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 30 April ini di Mahkamah Majistret Kulai untuk hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurezzati Zaini manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad