web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Jeddah Dari Sudan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 11:12AM

Kementerian Luar Arab Saudi mengesahkan seramai 194 rakyat pelbagai negara termasuk dari Malaysia selamat tiba di Jeddah dari Pelabuhan Sudan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Arab Saudi mengesahkan seramai 194 rakyat pelbagai negara termasuk dari Malaysia selamat tiba di Jeddah dari Pelabuhan Sudan.

Mereka dibawa keluar dari negara ketiga terbesar di Afrika itu yang sedang berdepan krisis perebutan kuasa menggunakan kapal tentera H M S Abha.

“Seramai 194 orang awam yang selamat tiba terdiri daripada rakyat Rusia, United Kingdom, China, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Yaman, Singapura, Kemboja, Malaysia dan Pakistan.

“Kesemua mereka diangkut menggunakan kapal H M S Abha. Kami berusaha menyediakan semua yang diperlukan sebagai persediaan untuk memudahkan mereka berlepas ke negara masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, kerajaan tersebut sudah membantu memindahkan seramai 2,351 orang awam dari pelbagai negara.

Katanya, daripada jumlah itu, kira-kira 119 adalah rakyat Arab Saudi manakala 2,232 lagi rakyat dari 67 negara.

Arab Saudi menerima beberapa pusingan pemindahan melalui udara dan laut sejak pertempuran meletus di Sudan pada 15 April lalu, sebahagian daripada apa yang disifatkan penganalisis sebagai usaha untuk meletakkannya sebagai pemain utama dalam bertindak balas kepada krisis serantau.

Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan warga Malaysia yang terperangkap di Sudan akibat pertempuran minggu lalu, sudah meninggalkan pelabuhan Sudan, semalam.

Dalam kenyataan di media sosial, Wisma Putra berkata, 30 warga Malaysia itu menaiki kapal tentera laut Arab Saudi menuju Jeddah.

Perjalanan merentasi Laut Merah dijangka mengambil masa 12 jam.

Sekurang-kurangnya 459 orang terbunuh dan lebih 4,000 cedera, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pertempuran yang masih berlaku mencetuskan risiko biologikal yang besar.

Ini kerana tindakan pejuang yang tidak mempedulikan gencatan senjata dan menguasai sebuah makmal menyimpan sampel taun, demam campak, polio serta pelbagai penyakit berjangkit lain di ibu negara Sudan.

Ia mungkin mencetuskan 'risiko biologikal yang besar' jika berlaku kebocoran makmal di negara bergolak itu.

Wakil Khas PBB, Volker Perthes memberitahu Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kelmarin bahawa gencatan senjata tidak dipatuhi sepenuhnya, dengan ibu pejabatnya turut diserang hendap.

“Usaha mengekang serangan darat, serangan udara dan bedilan di serata ibu negara, Khartoum, ternyata gagal dan tiada tanda-tanda pihak bertelagah sudah bersedia untuk rundingan,” katanya. – Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Trump Tiba Di Malaysia, Bawa Anwar Naiki ‘The Beast’ Ke KLCC

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 44 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar