web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecoh Ular Terjatuh Dari Perodua Aruz, ‘Ular Tedung Selar Tu…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 8:49PM

Kemunculan ular itu menyebabkan beberapa pengguna lain memperlahankan kenderaaan masing-masing. - Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya berdepan detik cemas apabila terlihat seekor ular tiba-tiba terjatuh dari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz yang menghala ke Pantai Timur.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, kedengaran jeritan beberapa individu yang terkejut dengan kemunculan ular tersebut yang dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam).

Kejadian itu dipercayai berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Allahu Akbar, Astagfirullahaladzim. Bang, bang, bang, ikut sana bang,” kata individu dalam kenderaan tersebut.

Kemunculan ular itu menyebabkan beberapa pengguna lain memperlahankan kenderaaan masing-masing.

Video tersebut turut menarik perhatian netizen dengan kebanyakannya menyifatkan situasi dialami amat berbahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan berkenaan.

“Kena pijak dengan tayar kereta pulak. Dahlah (jalan) tar panas. Bahaya betul kes macam ni. Ular tedung tu,” kata Eina Ismail.

“Uishh, den yang ngeri. Terangkat, angkat kaki. Mana dia pergi tu. Adeh,” kata sukabebel.

“Nasib baik dia keluar, kalaulah tengah bawa muncul kat driver, tak tahulah,” kata fiqqrycoustica.

“Ya Allah. Takutnya. Alhamdulillah, Allah lindungi owner dan famili Aruz tu,” kata YaaSayaaa!!.

Begitupun, terdapat netizen mendakwa ular tersebut adalah daripada spesies ular tedung selar atau lebih dikenali sebagai King Cobra.

“Ular sawa mana gerak laju gitu. Tu ular tedung selar kalau tak salah,” kata CikSue.

“Tu bukan ular sawa. Rasanya macam tedung, bahaya tu,” kata rozimimohammed.

“Ular tedung selar tu, tinggi naik kepala tu,” kata ZackTV.

Sementara itu, ada beberapa netizen turut meminta orang ramai supaya memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan masing-masing untuk mengelak kejadian sedemikian.

“Nasib baik owner tu tak apa-apa. Sebelum gerak pastikan kereta check terlebih dahulu,” kata Melymell78.

“Tak check dulu ke kereta sebelum jalan, bahaya betul,” kata add. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad