web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bimbing Kanak-kanak Teruskan Ibadah Meskipun Ramadan Sudah Berakhir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 7:00AM

Kanak-kanak harus digalakkan berpuasa enam hari ketika Syawal dan disertakan dengan amalan mengeratkan silaturrahim di waktu perayaan Aidilfitri. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa disarankan mendidik anak untuk meneruskan amal soleh serta ibadah yang dilakukan ketika Ramadan secara istiqamah, meskipun bulan mulia itu sudah berakhir.

Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Khairunneezam Mohd Noor berkata, kanak-kanak harus digalakkan berpuasa enam hari ketika Syawal dan disertakan dengan amalan mengeratkan silaturrahim di waktu perayaan Aidilfitri.

"Mereka perlu diasuh untuk meneruskan kesinambungan amal ibadah, tidak kira bersifat khusus atau umum yang dilaksanakan semasa Ramadan pada bulan berikutnya. Ibadat khusus seperti berpuasa boleh diteruskan dengan puasa sunat enam hari ketika Syawal. 

"Pada masa sama, galakkan mereka lakukan puasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis. Begitu juga dengan meneruskan amalan Qiamullail yang telah diakui kelebihan dan faedahnya daripada pandangan Islam dan sains," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Khairunneezam berkata, Ramadan sepatutnya menjadi pencetus perubahan diri ke arah yang lebih baik, dan amat wajar ia diteruskan pada bulan seterusnya.

Menurut beliau, seharusnya ibu bapa tidak mendidik anak-anak dengan unsur negatif ketika menyambut Syawal, seperti boros berbelanja, leka bermain gajet, pembaziran makanan dan membeli mercun serta lalai dalam melaksanakan solat fardhu. 

"Digalakkan bertandang ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, Ajarkan mereka memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran dengan fahami maksudnya, berzikir dan berdoa kepada Allah. Amalan ini berupaya membentuk jiwa kanak-kanak untuk ikhlas beribadah dan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dengan izinNya. 

"Amalan mulia lain seperti menghadiri majlis ilmu, berjimat cermat dalam berbelanja, bersedekah, ziarah-menziarahi, hormat kepada orang tua dan sebagainya adalah ibadah umum yang perlu disuburkan dalam diri kanak-kanak," katanya. 

Sehubungan itu, Khairunneezam berkata, ibu bapa perlu konsisten agar anak mereka memahami secara terperinci konsep ‘amar maaruf, nahi mungkar’, iaitu memperbanyakkan amalan yang mulia dan meninggalkan perbuatan dilarang dalam Islam. 

"Keteguhan peribadi mulia kanak-kanak yang dibentuk sepanjang Ramadan tidak akan bermakna jika ibu bapa atau penjaga tidak turut sama menunjukkan contoh yang baik untuk dijadikan ikutan. 

"Bersederhanalah dalam menyambut Syawal bersama anak-anak untuk merealisasikan pembentukan jiwa dan minda yang mulia dan soleh," katanya. 

Bagi kanak-kanak, beliau menegaskan, perayaan Aidilfitri adalah kemuncak kesyukuran selepas berjaya menyempurnakan ibadah puasa yang menjadi antara tunjang dalam Rukun Islam. 

"Tidak kiralah jika ada anak-anak yang mampu menyempurnakan sebulan puasa, atau hanya mampu ‘puasa sekerat-sekerat’, pada hari rayalah mereka akan berpeluang meraikan kejayaan berpuasa ini dengan cara mereka tersendiri. 

"Kanak-kanak akan berpeluang memakai baju serba baharu, menunaikan solat sunat Aidilfitri, makan pelbagai juadah istimewa seperti ketupat, lemang, rendang, kuih raya dan mengikuti keluarga menziarahi rumah sanak saudara serta sahabat handai," katanya. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 23 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar