web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Rekod 12 Kes Subvarian Arcturus COVID-19, Namun Situasi Masih Terkawal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 7:38AM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Omicron kekal satu-satunya varian COVID-19 yang sedang menular di Malaysia pada masa ini susulan 70.97 peratus atau 18,319 kes itu, dikategori sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, meskipun timbul satu lagi subvarian iaitu XBB.1.16 atau Arcturus, keadaan jangkitan COVID-19 masih lagi terkawal dan tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital.

“Arcturus iaitu subvarian tergolong di bawah famili varian Omicron yang terbentuk hasil gabungan atau rekombinan varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 telah dinilai sebagai suatu subvarian memerlukan perhatian, tetapi tidak diletakkan kelas varian di bawah pemantauan Kumpulan Pakar Teknikal Evolusi Virus Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“KKM akan terus memantau situasi dan varian/subvarian COVID-19. Sehingga 2 April lalu, Arcturus dikesan oleh sekurang-kurangnya 31 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia dan KKM akan sentiasa memantau situasi serta varian COVID-19 baharu,” katanya menerusi kenyataan. 

Dr Zaliha berkata, sebanyak 12 kes subvarian Arcturus dikesan di Malaysia, namun kesemua pesakit hanya mengalami gejala ringan dan dilaporkan stabil.

Menurutnya, daripada jumlah itu, empat kes dikesan di Selangor, manakala enam kes di Sarawak dan selebihnya di Kuala Lumpur

“Penilaian peringkat global melaporkan, risiko jangkitan dan keterukan kes yang disebabkan subvarian XBB1.16 adalah lebih rendah daripada subvarian XBB.1.5 atau varian dan subvarian lain pernah dilaporkan.

“Walaupun Malaysia sudah mengenal pasti varian XBB.1.16 sejak Mac lalu, jangkitan COVID-19 masih terkawal dan tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital,” katanya

Mengulas lanjut, Dr Zaliha memaklumkan, kes COVID-19 terkini yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 16/2023 menurun sebanyak 6.4 peratus, iaitu 5,149 kes kepada 4,817 kes, berbanding jumlah kes dilaporkan pada ME 15/2023.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai untuk terus mengamalkan TRIIS iaitu Test (Uji)), Report (Lapor), Isolate (Asing), dan Seek (Dapatkan) bagi mereka yang bergejala. 

“Sekiranya positif COVID-19, lakukan pengasingan kendiri dengan segera untuk tempoh ditetapkan. Mereka yang berisiko tinggi seperti golongan rentan, warga emas, dan kanak-kanak adalah digalakkan memakai pelitup muka apabila berada di kawasan sesak, sempit serta ramai orang. 

“Masyarakat juga dinasihatkan sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman,” katanya.

Beliau juga menasihatkan individu belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19, agar segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin bagi mengekalkan status imuniti serta mencegah daripada jangkitan, termasuk varian baharu.

“KKM akan terus memantau situasi dan varian/subvarian COVID-19 di dalam serta luar negara, selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan optima, bagi memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus berkenaan dengan selamat,” katanya. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad