web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Jemput Orang Ramai Meriahkan Rumah Terbuka Adilfitri Malaysia MADANI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 8:31PM

Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri bermula di Kedah pada 29 April ini bertempat di Hotel Raia Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini. 

Jemputan itu dikongsi Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook dan Twitter beliau hari ini. 

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama YAB Perdana Menteri,” kata Anwar menerusi Facebook. 

Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri bermula di Kedah pada 29 April ini bertempat di Hotel Raia Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Kemudian ia akan diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 6 Mei bermula 11 pagi hingga 2 petang dan Wisma Majlis Bandaraya Seremban esoknya dari 10.30 pagi hingga 3 petang. 

Penganjuran di Kelantan bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei.

Rumah terbuka di kedua-dua negeri berkenaan akan diadakan dari 7 malam hingga 10.30 malam.

Kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari 8 malam hingga 11 malam. - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar