Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Orang Ramai Perlu Ambil Langkah Pencegahan Kurangkan Kesan Kesihatan - JKNS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 3:44PM

Orang ramai perlu mengehadkan masa berada di luar bangunan dan melakukan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas dan jerebu kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat atau mengalami cuaca panas supaya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan.

Pengarahnya Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata orang ramai perlu mengehadkan masa berada di luar bangunan dan melakukan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas dan jerebu kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit. 

Beliau berkata mereka juga perlu memakai pelitup muka yang sesuai jika berada di kawasan berjerebu dan menggunakan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas serta mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan termasuk merokok.

“Pada ketika ini, negara kita sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan. 

“Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Harlina menasihatkan orang ramai agar banyakkan meminum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan.

Beliau turut meminta mereka yang tidak sihat supaya mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat.

Langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas dan jerebu boleh didapati menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan, katanya.

Dr Harlina berkata berdasarkan pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam, terdapat tujuh kawasan di Semenanjung berada pada Tahap Amaran satu (Berjaga-jaga) iaitu Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan). 

Setakat padi tadi, kualiti udara di tiga stesen pengawasan kualiti udara iaitu di Seremban, Nilai dan Port Dickson menunjukkan tahap indeks sederhana, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 16 jam yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki