Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peruntukan Rumah Terbuka Aidilfitri 6 Negeri Lebih Jimat, Tidak Timbul Soal Pembaziran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 2:58PM

Amirudin Shari - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran siri Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri yang akan dianjurkan Kerajaan Perpaduan, membabitkan peruntukan lebih rendah untuk setiap negeri, berbanding kos dibelanjakan untuk acara itu di satu lokaliti.

Justeru, beliau menolak ‘serangan’ Perikatan Nasional (PN) yang membangkitkan soal pembaziran berhubung penganjuran acara itu yang bakal diadakan di enam negeri pada April dan Mei ini.

“PN pun serang rumah terbuka Aidilfitri PM (Perdana Menteri) di enam negeri dengan bangkit soal pembaziran.

“Mulai 2022 Selangor anjur rumah terbuka di sembilan daerah dan akan terus dibuat tahun ini. Namun rekod kos negeri lebih rendah berbanding anjuran di satu lokaliti,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Beliau berkata, di Selangor, kerajaannya membelanjakan lebih RM1 juta setiap tahun bagi menganjurkan rumah terbuka, iaitu pada 2016, 2017, 2018 dan 2019.

Namun, katanya, pada tahun lalu perbelanjaan negeri berkenaan hanya RM900,000 untuk sembilan daerah, iaitu RM100,000 setiap satu.

Menurutnya, agensi di peringkat daerah juga dapat mengadakan rumah terbuka bersekali, seperti Pejabat Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kehadiran tetamu yang meriah serta ramai.

“Program seperti itu juga dapat beri peluang masyarakat di daerah lebih mudah hadir tanpa perlu jauh memandu ke lokasi rumah terbuka negeri. Contohnya orang Sabak Bernam perlu dua jam untuk ke Shah Alam atau lokasi lain, jika dibuat di satu-satu tempat,” katanya.

Justeru, Amirudin menjemput warga Selangor untuk hadir memeriahkan acara itu di Gombak pada 14 Mei ini, malah yakin rakyat negeri berkenaan berbesar hati menghadirinya.

“Datanglah beramai-ramai ke program jamuan Aidilfitri bersama PMX (PM Ke-10) di Gombak 14 Mei, jam 8:30 malam. Jamuan itu sepenuhnya ditanggung kerajaan negeri dan saya percaya, majoriti rakyat Selangor berbesar hati kehadiran PMX serta jemputan ke majlis tersebut.

“Jika anda berkesempatan terutama di daerah terbabit, dipersilakan hadir bersama anak-beranak, cucu-cicit dan ipar duai (takut orang kata tak tahu protokol) ke sembila program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri 2023,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi Facebook, berkongsi kenyataan berhubung penganjuran siri Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri sempena Aidilfitri yang akan diadakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan pada April serta Mei ini.

Katanya majlis itu akan berlangsung enam negeri, iaitu di lokasi seperti berikut:

1. Hotel Raia, Bandar, Alor Setar, Kedah pada 29 April ini (10 pagi hingga 2 petang).

2. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei (11 pagi hingga 2 petang).

3.Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan pada 7 Mei (11 pagi hingga 2 Petang).

4. Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pada 12 Mei (7 petang hingga 10.30 malam)

5. Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu, Terengganu pada 14 Mei (7 petang hingga 10.30 malam)

6.Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 14 Mei (8 malam hingga 11 malam).

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI.

“Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan, di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” katanya. – Getaran, 24 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 hari yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

4

Politik 2 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

Semasa 1 hari yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari