Berita Terkini

11 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pemaju Fail Permohonan Semakan Kehakiman Selepas SPRM Beku Akaun Bank Tanpa Notis

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 9:57AM

Azam Baki - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemaju hartanah, Jiankun International Berhad memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai agensi itu, termasuk Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berhubung pembekuan akaun syarikat terbabit.

Jiankun International bersama lima anak syarikatnya (JKI Construction Sdn Bhd, JKI Development Sdn Bhd, JKI Resources Sdn Bhd, Nagamas Bizworks Sdn Bhd dan Nagamas Venture Sdn Bhd) disenaraikan sebagai pemohon.

Azam; Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim; Pengarah Jabatan Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dan suruhanjaya itu sendiri dinamakan sebagai responden semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut afidavit bersumpah Ketua Eksekutif Jiankun International, Edwin Silvester Das yang difailkan pada 3 April lalu, pemohon cuba membuat transaksi bank bulan lalu, tetapi gagal.

Selepas bertanya kepada tiga bank (UOB Bank, AmBank dan Malayan Banking Berhad) berhubung 12 akaun syarikat itu, pemohon dimaklumkan bahawa dana mereka dibekukan SPRM.

“Hampir kesemuanya adalah akaun aktif yang digunakan pemohon untuk aktiviti perniagaan harian bagi membuat pembayaran kepada pembekal, kontraktor, gaji dan bayaran berkanun.

“Terdapat Akaun Pembangunan Perumahan di mana dana dalam akaun tersebut digunakan untuk projek pembangunan perumahan pemohon,” kata afidavit itu.

Das juga menyebut bahawa perintah untuk membekukan akaun di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Pengganas dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dilakukan tanpa asas dan gagal mengikut prosedur.

Pada 23 Mac lalu, peguam yang mewakili pemohon menulis surat kepada SPRM memohon untuk membatalkan perintah pembekuan itu, namun Jiankun International tidak menerima sebarang jawapan.

“Pemohon tidak diberikan salinan perintah pembekuan atau sebarang dokumen daripada responden.

“Justeru, pemohon tidak mempunyai sebarang peluang untuk membela diri dan tidak dimaklumkan mengenai dakwaan yang mereka hadapi ketika ini.

“Saya dimaklumkan bahawa tindakan responden mendedahkan pemohon kepada risiko tindakan mahkamah oleh pihak ketiga, di mana pemohon akan dikehendaki membuat pengumuman awam yang mungkin menjejaskan harga saham Jiankun International,” kata afidavit itu.

Mendakwa tindakan SPRM itu adalah menyalahi undang-undang dan salah guna kuasa, Jiankun International turut memohon perintah untuk menamatkan pembekuan.

Syarikat itu juga meminta SPRM mendedahkan sebab sebenar di sebalik perintah pembekuan itu, selain pengisytiharan bahawa tindakan pihak berkuasa adalah menyalahi undang-undang.

Sebagai alternatif, Jiankun International turut meminta perintah memaksa SPRM menyahbekukan RM1.5 juta untuk perbelanjaan mengurus dan pengurusan.

Sementara itu, peguam Jiankun memaklum kepada The Vibes bahawa isu dengan SPRM sudah diselesaikan dan syarikat itu tidak akan meneruskan semakan kehakiman.

Menurut Laporan Tahunan 2021 Jiankun International, mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkhidmat sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif dan ahli Jawatankuasa Audit mereka.

Sementara itu, mantan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lim Siang Chai berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif Jiankun International.

Seterusnya, seperti laporan The Edge pada Disember tahun lalu, menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dilantik sebagai Presiden Jiankun International. - The Vibes, 24 April 2023

Nota Pengarang: Perenggan 12 artikel ini sudah dibetulkan untuk ketepatan berdasarkan afidavit, bahawa syarikat berkenaan hanya berisiko tindakan mahkamah oleh pihak ketiga dan tidak menghadapi sebarang tindakan mahkamah. Peguam syarikat itu juga memaklumkan kepada The Vibes bahawa perkara dengan SPRM sudah selesai dan pihak syarikat tidak akan meneruskan tindakan undang-undang. – The Vibes, 24 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pegawai Kanan Polis Disyaki Lindungi Kegiatan Haram Dicekup

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 8 jam yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Tidak Layak Beri Kenyataan Selagi Gagal Bantu Panggil Menantu Hadapi Tuduhan Pecah Amanah – Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

oleh Sophia Ahmad