web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Dalam Talian Beli Akaun Keldai Pada Harga RM500

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 3:14PM

Keldai akaun pula ialah individu yang menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya serta nombor pengenalan peribadi (PIN) kad tersebut kepada individu lain dan akaun tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jenayah penipuan dalam talian atau ‘scam’ dilihat semakin parah sejak akhir-akhir ini apabila jumlah kerugian akibat jenayah itu dilaporkan mencecah jutaan ringgit.

Berdasarkan rekod, lebih 25,000 kes jenayah penipuan dalam talian dicatatkan sepanjang 2022 membabitkan kerugian kira-kira RM850 juta. 

Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Datuk Seri Mustafar Ali mendedahkan antara faktor penyumbang kepada kegiatan itu adalah kewujudan akaun keldai atau lebih dikenali sebagai ‘mule account’.

“Faktor yang menyebabkan jumlah kerugian akibat sindiket penipuan dalam talian adalah kewujudan akaun keldai yang ‘dibeli' dengan tawaran RM500 seorang kepada pemilik asal akaun itu untuk memindahkan wang haram. 

“Wang mangsa yang telah ditipu akan dimasukkan ke dalam akaun keldai dan akan dipindahkan ke beberapa akaun keldai lain sebelum akhirnya dikeluarkan dalam tempoh yang singkat menyebabkan ia sukar dijejaki,” katanya kepada Bernama. 

Keldai akaun pula ialah individu yang menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya serta nombor pengenalan peribadi (PIN) kad tersebut kepada individu lain dan akaun tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah. 

Mustafar Ali - Gambar fail
Mustafar Ali - Gambar fail

Mustafar berkata peningkatan kes turut didorong oleh penggunaan teknologi dan penipuan melalui media sosial serta kebocoran maklumat pengguna.

Mengulas penipuan melalui media sosial, beliau berkata ‘scammer’ atau sindiket penipuan akan menghubungi mangsa melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Telegram selain menyamar sebagai kenalan atau pihak berkuasa melalui Facebook, Instagram, TikTok dan aplikasi lain.

“Taktik terbaharu 'scammer' adalah mereka akan memberi pautan yang menyamar sebagai pautan laman bank atau meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi bagi mendapatkan perkhidmatan mereka. 

“Mangsa seterusnya diminta mendedahkan maklumat peribadi termasuk maklumat perbankan yang akan menyebabkan akaun mangsa akan diceroboh oleh scammer dan akan menyebabkan mangsa kehilangan wang,” katanya. 

Mustafar berkata jenayah penipuan dalam talian berlaku berlandaskan kepada latar belakang mangsa contohnya ‘Macau Scam’ yang menyasarkan kepada individu mempunyai simpanan wang yang banyak, manakala penipuan e-dagang membabitkan pembeli dan penjual. 

“Penjenayah menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan maklumat perbankan daripada mangsa dan lebih merumitkan keadaan apabila mangsa lambat menyedari wang mereka sudah lesap. 

“Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif terhadap ekonomi negara malah boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya,” katanya.

Beliau berkata hasil tindakan analisis oleh agensi penguat kuasa mendapati sindiket penipuan juga menggunakan nombor telefon yang diperoleh secara haram yang menjual maklumat peribadi dan nombor telefon pengguna.

Menurut Mustafar kerajaan telah dan akan melaksanakan langkah khusus bagi memerangi jenayah dalam talian antaranya mempertingkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi memastikan tindakan lanjut boleh diambil ke atas penjenayah yang berada di luar negara.

“Jenayah ‘scam’ perlu ditangani secara bersama dengan penglibatan semua pihak termasuk yang pernah menjadi mangsa. Kempen kesedaran perlu disemai dan dididik sejak peringkat sekolah hingga universiti dengan mengadakan program khusus mengenai jenayah ‘scam’ dan bagaimana mengelak daripada menjadi mangsa,” katanya. 

Sementara itu, Mustafar berkata kerajaan berhasrat meningkatkan keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berkaitan pengoperasian, sumber tenaga kerja, sistem data berpusat, kemudahan infrastuktur pejabat, peralatan teknikaliti dan sistem analisis kewangan.

“Memandangkan pengoperasian NSRC menggabungkan tenaga kerja dan kepakaran pelbagai agensi termasuk perbankan dan telekomunikasi, suatu tindakan penguatkuasaan bersepadu yang berkesan boleh dilaksanakan. 

“Antara tindakan yang boleh diambil adalah penyitaan atau sekatan pengaliran wang hasil jenayah atas talian,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang secara serius meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan atau yang boleh dipinda bagi membolehkan pengembalian wang penipuan kepada mangsa-mangsa. 

Antara peruntukan undang-undang yang sedang diteliti ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi geran pengoperasian sebagai usaha mengukuhkan peranan NSRC. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad