web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelewatan Permit Sukarkan Proses Hantar Pulang Mayat Warga Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 3:15PM

Syarikat yang menguruskan jenazah warga asing di ibu kota memohon supaya kerajaan mempermudahkan tatacara penghantaran mayat atau abu pembakaran mayat ke luar negara. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat yang menguruskan jenazah warga asing di ibu kota memohon supaya kerajaan mempermudahkan tatacara penghantaran mayat atau abu pembakaran mayat ke luar negara.

Pengarah Urusan KL Funeral Services, S. Paramasarathy berkata syarikatnya yang berpengalaman lebih 35 tahun dalam urusan pengebumian dan penghantaran jenazah ke luar negara, kini berhadapan masalah mendapatkan permit pada hujung minggu.

Paramasarathy yang lebih dikenali sebagai Appu berkata sebelum ini permit mengenai urusan berkenaan di ibu negara dikeluarkan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang beroperasi dari pagi hingga ke malam setiap hari. 

Bagaimanapun, beliau mendakwa sejak tahun lepas, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengambil alih tanggungjawab tersebut dan permit hanya dikeluarkan pada Isnin hingga hingga Khamis. 

"Sebelum ini permit dikeluarkan sepanjang tujuh hari, sehingga tengah malam, tetapi sekarang ini cuma empat hari dalam seminggu sahaja, iaitu dari Isnin hingga Khamis,” katanya kepada Bernama TV dalam temu bual khas, baru-baru ini.

Beliau berkata sekiranya terdapat kematian warga asing pada Jumaat hingga Ahad, mayat tidak dapat dihantar pulang pada Sabtu atau Ahad, sebaliknya perlu menunggu sehingga Isnin.

Appu berkata prosedur itu melambatkan proses dan menyebabkan pertambahan mayat di pusat  pengurusan mayat milik syarikatnya di Jalan Klang Lama, di sini.

"Ia menyusahkan semua pihak, bukan sahaja untuk kami, tetapi juga pihak kedutaan, dan waris keluarga yang menunggu mayat di negara mereka. Lagipun kekerapan pesawat tidak seperti sebelum COVID-19.

'’Kalau ada prosedur baharu, ia perlu ditambah baik untuk kebaikan semua pihak. Berapa mayat kami boleh simpan dan ahli keluarga di negara mereka pasti tunggu untuk menerima mayat itu untuk diuruskan mengikut adat masing-masing,'’ katanya.   

Beliau berkata jenazah warga asing yang beragama Islam perlu dihantar secepat mungkin ke negara asal mereka, namun kelewatan isu permit eksport menyebabkan ia terpaksa disimpan beberapa minggu sebelum dihantar.

Appu berkata pihaknya pernah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam serta Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan dimaklumkan antara kekangan dihadapi termasuk kekurangan petugas. 

Beliau mendakwa isu tersebut tidak timbul di negeri lain terutama di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Kuala Lumpur seterusnya berharap pihak Kementerian Kesihatan dapat memberi perhatian sewajarnya mengenai perkara berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad