web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Firma Saman Ketua Pentadbir Parlimen Susulan Pembatalan Projek Kelab

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 11:54AM

Saman itu difailkan oleh Stereofonik Teknologi Sdn Bhd pada 17 Mac lalu dengan menamakan Ketua Pentadbir Parlimen dan Ketua Pengarah Pejabat Tanah Persekutuan sebagai defendan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebuah syarikat memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon mengembalikan semula perjanjian untuk membangunkan dan menjalankan cadangan Kelab Parlimen Malaysia, sebuah kelab rekreasi untuk Ahli Parlimen, senator, kakitangan dan ahli sektor korporat.

Saman itu difailkan oleh Stereofonik Teknologi Sdn Bhd pada 17 Mac lalu dengan menamakan Ketua Pentadbir Parlimen dan Ketua Pengarah Pejabat Tanah Persekutuan sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Stereofonik berkata ia dilantik untuk menjalankan projek Kelab Parlimen Malaysia selepas membuat beberapa pembentangan kepada Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusuf, serta penggantinya Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Berdasarkan kenyataan tuntutan itu, cadangan mewujudkan Kelab Parlimen Malaysia, pertama kali diumumkan di laman web rasmi Parlimen pada Oktober 2019.

Kemudian, pada 24 September 2020, Datuk Kamis Samin, yang ketika itu Ketua Pentadbir Parlimen, menandatangani surat aku janji dengan syarikat terbabit, secara rasmi melantiknya untuk menerajui projek berkenaan.

Susulan itu, Pentadbiran Parlimen (Pentadbiran Parlimen Malaysia) membuat tawaran kepada Stereofonik untuk menyewakan dua kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tujuan projek kelab terbabit.

“Pada 11 November 2020, dengan kehadiran penjawat awam dari Parlimen yang diketuai Kamis, lawatan dibuat ke tapak projek.

“Arkitek yang hadir dan Kamis bersetuju menyokong pemberian geran 30 tahun kepada plaintif (Stereofonik) berserta pengurangan sewa.

"Kadar sewa baharu yang dipersetujui ialah RM1,000 bagi setiap bangunan," menurut kenyataan tuntutan oleh Stereofonik.

Beberapa minggu kemudian, Jawatankuasa Pengurusan Perumahan Perkhidmatan Awam (Jawatankuasa Pengurusan Rumah Kerajaan Parlimen Malaysia) meluluskan penambahan tiga lagi kuarters JKR bagi projek itu untuk memastikan kelab berkenaan menjadi kemudahan bertaraf lima bintang sejajar dengan imej Parlimen.

Bagaimanapun, pada 24 November 2020, Kamis dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan Stereofonik diminta berurusan dengan timbalannya, Datuk Zamani Sulaiman.

Pada bulan berikutnya, Jabatan Pentadbiran Parlimen mengeluarkan surat sokongan cadangan untuk menganugerahkan Stereofonik dengan geran jangka panjang 30 tahun dan pengurangan sewa daripada Ketua Pengarah Pejabat Tanah Persekutuan.

Stereofonik mendakwa Pejabat Tanah Persekutuan sepatutnya meluluskan geran selama 30 tahun dan pengurangan sewa untuk membolehkan projek kelab itu diteruskan, tetapi ia gagal berbuat demikian.

“Disebabkan kegagalan berbuat demikian, plaintif menanggung kerugian sehingga hari ini kerana kami tidak dapat meneruskan projek dan terpaksa menanggung kos operasi dari Disember 2020 hingga Februari 2023,” kata kenyataan tuntutan itu.

Syarikat itu juga berkata pada 4 Januari 2021, Datuk Nor Yahati Awang yang mengambil alih jawatan Ketua Pentadbir Parlimen, dijemput melawat tapak projek berkenaan sebelum dilakukannya seminggu kemudian.

Bagaimanapun, disebalik taklimat pada bulan sama oleh syarikat itu kepada Azhar yang turut dihadiri Yahati, beliau tidak memberikan kerjasama yang diperlukan untuk pengurusan projek beliau.

"Pelbagai pihak dari Jabatan Pentadbiran Parlimen mula mengganggu pengurusan Kelab Parlimen Malaysia, yang membantutkan kemajuan projek itu," kata kenyataan tuntutan itu lagi.

Kemudian, ia didakwa mengeluarkan notis penamatan perjanjian bagi sewaan kuarters JKR tanpa mengambil kira surat sokongan yang dikeluarkan oleh Kamis sebelum ini.

Justeru, Stereofonik memohon supaya syarikat itu diisytiharkan mempunyai hak untuk melaksanakan projek Kelab Parlimen Malaysia dan perintah untuk meluluskan geran jangka panjang 30 tahun terbabit.

Sebagai tambahan kepada jumlah ganti rugi yang tidak dinyatakan, Stereofonik juga memohon injunksi terhadap pejabat Ketua Pentadbir Parlimen bagi menghalang daripada menamatkan perjanjian sewa.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyenaraikan dua individu sebagai pengarah Sterefonik, iaitu Anuggerahan dan Asmaaullahilhuna Aziz.

Syarikat itu juga hanya mempunyai dua pemegang saham iaitu Anuggerahan yang memegang majoriti saham dan seorang Datuk Mohd Rawi Abd Hamid. - The Vibes, 23 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar