web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Notis MPKB Arah Semua Premis Perniagaan Ditutup Syawal Pertama Cetus Perbalahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 10:09PM

Tangkap layar notis penutupan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Notis arahan penutupan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan yang menetapkan supaya semua pengusaha premis perniagaan tidak beroperasi pada hari pertama Aidilfitri, mengundang rasa tidak puas hati serta kecaman.

Menerusi akaun Twitter pengguna bernama @khirariffin, beliau berkongsi tangkap layar notis itu dengan keterangan mempertikaikan perkara terbabit.

“Pelik, kenapa nak paksa suruh tutup,” ciapnya.

Notis dikongsikan pengguna itu semalam, tertera kepala surat Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) dan dikeluarkan atas arahan Yang Dipertuanya.

“Adalah dimaklumkan, berdasarkan keputusan pihak berkuasa negeri Kelantan dan MPKB, menetapkan supaya semua pengusaha premis perniagaan, pasar raya besar (hypermarket), pasar raya (supermarket), kedai serbaneka dan restoran makanan segera tidak dibenarkan menjalankan operasi perniagaan pada hari pertama Aidilfitri.

“Sehubungan dengan itu, pihak pengusaha dan pemilik premis tersebut di atas diingatkan supaya mematuhi arahan serta menutup operasi perniagaan pada hari pertama Aidilfitri,” menurut kandungan notis itu.

Malah, notis itu mengingatkan mana-mana pemilik dan pengusaha yang gagal, ingkar atau cuai untuk mematuhi notis itu, boleh dikenakan tindakan kompaun maksima sehingga RM1,000.

“Selain tindakan pendakwaan, boleh dihukum penjara selama tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“MPKB juga boleh membatalkan lesen dan mengambil tindakan lain yang sesuai selaras dengan undang-undang,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu menunjukkan, netizen berbeza pandangan berhubung arahan terbabit.

“Arahan direct macam ini agak-agak berapa juta pula peniaga kena tanggung rugi?” kata seorang pengguna.

“Mana nak cari ais, beli barang dapur tambahan, musim panas jem teruk orang beraya dalam Kelantan nak singgah beli air mineral, beli pampers anak yang tiba-tiba habis, wanita tiba-tiba datang haid nak beli pad, jangan la zalim sangat,” ujar pengguna lain.

“Kenapa nak paksa tutup? Terpulang kepada pemiliklah sama ada nak buka atau tak. Mereka nak buka, bukalah, Nak tutup, tutup saja lah. Lagi satu, pagi raya ais batu nak beli kat mana,” tulis seorang pengguna.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen mengatakan penutupan premis perniagaan pada hari pertama di Kelantan adalah perkara biasa dan dilaksanakan setiap tahun sejak dahulu.

“Benda dah berpuluh tahun kot, semua orang dah tahu, bahaya betul main-main viral ni. Tak pasal-pasal pagi-pagi raya tambah dosa. Kerja tak puas (hati) je, kita kalau tak duduk kawasan tu jangan buat-buat tahu, lain kawasan lain cara sebab lain situasi. Biasa kedai runcit atau 24 jam akan buka lepas Zuhur,” kata seorang netizen.

“Saya sebagai anak Kelantan, benda ini dah lama berlaku sebenarnya, jadi kebanyakan makcik pakcik diaorang beli sehari awal barangan dapur untuk raya. Cuti hari raya first pun sebenarnya bagus untuk pekerja premis sebab diaorang boleh raikan raya bersama keluarga,” komen warga maya.

“Dah lamalah benda ni. Aku raya kat kampung wife KB (Kota Bahru). Mula-mula pelik. As the years go, it’s a norm (lama-lama dah normal). Tak nak kelam kabut? Beli malam raya,” ujar seorang pengguna. - Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad