web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid, Fadillah Ucap Selamat Hari Raya, Doakan Umat Islam Dapat Keberkatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 3:30PM

Ahmad Zahid dan Fadillah masing-masing mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berharap lebaran kali ini disambut dengan penuh kemakmuran dan kesyukuran.

“Saya doakan seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah SWT.  Maaf zahir dan batin,” kata Ahmad Zahid menerusi media sosialnya.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dalam ucapan yang dimuat naik di laman Facebook berkata ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Beliau berkata Ramadan mengajar erti kesyukuran, kesabaran, pengorbanan dan kesederhanaan serta bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan bersederhana dalam semua perkara.

“Syawal pula mengajar kita erti perkongsian, berkongsi kegembiraan dengan mereka yang tersayang, mengeratkan hubungan yang sedia terjalin dan memperbaharui ukhuwah sesama kita.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri saya titipkan buat keluarga dan juga kenalan. Bagi yang pulang ke kampung halaman masing-masing semoga tuan dan puan sentiasa berhati-hati semasa perjalanan pulang berhari raya ke kampung halaman,” katanya yang turut mendoakan semoga ukhuwah sesama rakyat Malaysia sentiasa berkekalan.

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

4

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar