Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hukuman Penjara Peluang Pertama Untuk Saya Berubah - AF

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 11:31AM

Af mengakui saat melangkah masuk ke Penjara Kajang enam tahun lepas merupakan peluang keemasan diberikan Allah SWT kepadanya untuk berubah menjadi seorang muslim yang taat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Orang kata apabila kita dimasukkan ke penjara, ia peluang kedua untuk kita berubah namun sebenarnya bagi saya ia adalah peluang pertama,” kata Af (bukan nama sebenar), 44, mengenai hukuman penjara yang sedang dihadapinya.

Af mengakui saat melangkah masuk ke Penjara Kajang enam tahun lepas merupakan peluang keemasan diberikan Allah SWT kepadanya untuk berubah menjadi seorang muslim yang taat dan patuh kepada ajaran Islam setelah lalai dan leka dengan kenikmatan dunia selama ini.

“Perasaan saya pada hari pertama menjejakkan kaki di penjara ini seperti berada di satu tempat asing...itu adalah kali pertama saya masuk ke dalam penjara...hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya pada ketika itu.

“Apabila berada di sini, saya berasa betapa dunia ini sebenarnya terlalu kecil, dunia ini hanyalah tempat untuk kita sandarkan pengharapan dan penyerahan kepada yang Maha Agung,” katanya ketika diwawancara dalam dokumentari terbitan Bernama TV bertajuk ‘Kami Juga Ada Perasaan’.

Af didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Bagaimanapun, dia keberatan berkongsi mengenai kesalahan dilakukannya sehingga dihukum penjara 10 tahun.

“Biarlah ia menjadi sejarah dalam kehidupan dan pengajaran untuk diri saya sendiri. Bukan saya tidak mahu berkongsi, tetapi biarlah ia menjadi sebagai iktibar kepada diri sendiri, ia merupakan suatu benda yang aib, baik saya merahsiakannya,” katanya.

Berkongsi rutin hariannya di dalam penjara, Af berkata rutin hidupnya berubah 360 darjah berbanding semasa masih bebas dengan kehidupannya terarah kepada hal duniawi semata-mata.

“Rutin harian saya bermula seawal tiga pagi, dimulakan dengan solat sunat Tahajud dan solat sunat Witir dan seterusnya tadarus al-Quran sehingga masuk waktu solat fardu Subuh. Selepas itu saya akan teruskan dengan program pihak penjara,” katanya.

Mengenai perkara ingin dilakukannya sebaik keluar dari penjara nanti, Af berkata dia ingin menunaikan ibadah umrah.

“Saya ingin memohon kemaafan di rumah Allah. Saya mohon Allah SWT memberi saya petunjuk terbaik sebelum saya melangkah ke hadapan meneruskan kehidupan,” katanya yang masih mempunyai baki hukuman dua tahun.

Af berkata jika diizinkan Allah SWT, dia ingin membetulkan keadaan dan melakukan yang terbaik buat isteri tercinta, anak-anak serta kedua ibu bapanya.

“Hanya Allah SWT sahaja tahu apa yang tersurat dan tersirat di hati saya. Insya-Allah saya akan buktikan bahawa saya antara yang terbaik,” tegasnya.

Terdapat kira-kira 70,000 banduan ditempatkan di 40 penjara dan 10 penjara satelit di seluruh negara. - Bernama

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Sukan 15 jam yang lalu

Piala Thomas: China Kecewakan Indonesia, Rangkul Juara Kali Ke-11

Semasa 1 hari yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung