web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekalan Simen Lebih Daripada Mencukupi – Cahya Mata Sarawak Bhd

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 9:23AM

CMSCI memaklumkan ia mempunyai kapasiti pengeluaran 'lebih daripada mencukupi' dan rizab simen 'mencukupi' di seluruh Sarawak untuk menampung semua permintaan semasa. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cahya Mata Sarawak Cement Industries Sdn Bhd (CMSCI), anak syarikat Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) meredakan kebimbangan kerajaan negeri itu berhubung dakwaan kekurangan bekalan simen.

Dalam surat baru-baru ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri yang dilihat oleh The Vibes, CMSCI berkata, ia mempunyai kapasiti pengeluaran “lebih daripada mencukupi” dan rizab simen “mencukupi” di seluruh Sarawak untuk menampung semua permintaan semasa.

Surat bertarikh 17 April lalu ditujukan kepada pengarah jabatan itu, Richard Tajan.

“Kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami mempunyai kapasiti binaan yang lebih daripada mencukupi untuk menyokong keperluan semasa dan masa hadapan pasaran,” demikian menurut surat yang dikeluarkan oleh Ketua Komersial CMSCI, Choong Ju Tang.

Pada Januari lalu, dilaporkan bahawa Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu sedang berusaha untuk menubuhkan syarikat usaha sama (JV) untuk mengimport simen dari Thailand.

JV tersebut bertujuan untuk menangani kekurangan dan kenaikan harga yang diperkatakan, mengimport antara 500,000 dan satu juta tan simen dari negara jiran itu.

Bagaimanapun, dalam surat baru-baru ini, Ju Tang turut memberikan data permintaan simen untuk empat bulan pertama pada 2022 dan 2023.

Ia menyatakan bahawa pada Januari 2022, permintaan adalah sekitar 119,397 tan metrik (MT), manakala purata volum harian adalah pada 5,191 MT, berbanding 115,245 MT bagi Januari 2023 dengan purata volum harian 5,762 MT.

Pada April 2022, jumlah volum permintaan ialah 62,437 MT (4,956 MT sehari), manakala angka itu pada 64,992 MT (5,415 MT sehari) pada bulan yang sama pada 2023.

Jumlah permintaan bagi Januari hingga April 2022 ialah berjumlah 421,727 MT, berbanding peningkatan kepada 462,415 MT bagi tempoh yang sama pada 2023.

“Yakinlah, kami mempunyai lebihan rizab simen sebelum dan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Kami bersedia dan mampu memenuhi lebih daripada dua kali ganda jumlah keperluan volum semasa bagi simen di Sarawak,” katanya. —The Vibes, 21 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad