web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidilfitri Disambut Sabtu, Rakyat Lega Tiada Lagi Syawal Terkejut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 9:08PM

Proses cerapan anak bulan Syawal di Menara Kuala Lumpur berjalan lancar petang tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.

Pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad itu sekali gus menamatkan debaran ramai, selepas spekulasi bahawa tarikh 1 Syawal akan jatuh pada 21 April rancak diperkatakan.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Sabtu (22 April 2023," katanya.

Pengumuman secara langsung di semua rangkaian televisyen itu dibuat selepas aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara, petang tadi.

Selain Malaysia, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebentar tadi turut mengisytiharkan bahawa 1 Syawal di republik tersebut jatuh pada Sabtu.

Turut mengambil ketetapan sama ialah Brunei Darussalam, selepas anak bulan tidak kelihatan di semua lokasi cerapan.

Teka-teki mengenai tarikh 1 Syawal mula bertebaran, selepas Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaklumkan, beberapa negara di Asia termasuk di Australia mungkin tidak dapat melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar.

Portal Time Out Dubai dipetik sebagai berkata, kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal jatuh pada Jumaat, 21 April.

Situasi ‘Hari Raya terkejut’ menggemparkan negara tahun lalu, apabila tarikh 1 Syawal diumumkan jatuh pada 2 Mei, berbanding 3 Mei seperti jangkaan ramai. 

Pengumuman Syed Danial itu ternyata menggembirakan rakyat, kerana tidak perlu lagi berhadapan dengan situasi raya tergempar.

Tinjauan Getaran di media sosial mendapati, majoriti meluahkan rasa lega kerana masih berpeluang membuat persiapan saat akhir.

“Alhamdulillah. Dapat taraweh semalam lagi,” kata pengguna yang menggunakan akaun Botol Kaca di Facebook.

Pendapat senada diluahkan Mohd Faizal yang mengucapkan kesyukuran kerana masih berpeluang berpuasa sehari lagi.

“Alhamdulillah..ada lagi masa untuk kita beribadat,” katanya.

Seorang lagi netizen, Mohd Zakri pula gembira kerana tiada lagi ‘raya terkejut’.

“Alhamdulillah Raya x (tak) terkejut taun (tahun) ni,” katanya. - Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Beg Plastik Setiap Sabtu Di Ipoh Bermula 1 Jun 2023

2

Semasa 3 tahun yang lalu

20 April Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Raja-Raja Melayu Sokong Parlimen Bersidang Secepat Mungkin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad