web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidilfitri: PDRM Kenal Pasti Lebih 50 Hotspot, 11 Blackspot Di Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 2:40PM

Sarifudin menyampaikan sumbangan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta menuju utara, di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti lebih 50 hotspot dan 11 blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) di seluruh ibu negara bagi menempatkan anggota trafik untuk mengawal kesesakan lalu lintas sempena Op Lancar dan Op Selamat menjelang Aidilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara kawasan hotspot yang dikenal pasti ialah Jalan Kuching, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras.

Beliau berkata fokus PDRM adalah untuk memastikan kelancaran pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Selain itu, pihak JSPT turut menempatkan anggota polis di bazar Ramadan terpilih di sekitar Kuala Lumpur sepanjang bulan puasa ini. Begitu juga anggota tugas am yang ditempatkan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta menuju utara, di sini, hari ini.

Beliau berkata JSPT Kuala Lumpur turut menempatkan anggota mereka di pusat beli belah bagi mengawal lalu lintas seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan Pusat Beli Belah Kenanga.

Setakat ini, Sarifudin berkata kesesakan lalu lintas menjelang Aidilfitri berjalan lancar dan terkawal.

Pada Selasa lepas, PDRM melaksanakan Op Lancar bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Selain itu, PDRM melancarkan Op Selamat bermula hari ini hingga 27 April yang bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ bagi memastikan keselesaan rakyat menyambut Aidilfitri kali ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor berkata fokus Op Lancar adalah untuk memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri manakala Op Selamat adalah berfokus kepada meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 33 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam