web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Lemah Landa Beluran, Tiada Ancaman Tsunami

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 11:02AM

Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter telah dikesan berlaku di Beluran, Sabah, pagi ini. - Gambar dari MET Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada jam 9.07 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.

“Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, gegaran itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pada 3 April lalu, METMalaysia mengesahkan berlaku gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 10.59 malam.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, gempa bumi berkedalaman 86 kilometer itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Katanya, gegaran di negara jiran itu mungkin turut dirasai di beberapa negeri di Malaysia.

“Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya.

Sementara itu, semakan di Twitter mendapati pengguna dari pelbagai lokasi turut merasai gegaran malah ada yang berkongsi tangkap layar amaran awal gempa bumi dari sistem Android.

Antara reaksi mereka ialah menyoal kesahihan insiden itu.

"Semoga selamat dan baik-baik saja bagi yang terkesan dengan gempa bumi itu," ciap seorang pengguna akaun Twitter.

Seorang lagi menciap "Rumah aku dahlah tinggi, boleh rasa gegaran tadi". – Getaran, 20 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi