web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19, Penghuni Menara BRDB Dilarang Masuki Pejabat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 12:43PM

Hanya mereka yang diletakkan sebagai ‘Low Risk’ di dalam aplikasi MySejahtera sahaja yang dibenarkan memasuki Menara BRDB. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun kerajaan membenarkan semua sektor ekonomi terus beroperasi di enam daerah di Selangor yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, langkah berjaga-jaga tetap diambil bagi syarikat yang mempunyai sejarah kakitangan dijangkiti virus COVID-19.

Dalam usaha membendung penularan virus berasal daripada Wuhan, China ini, antara langkah paling penting adalah mengenal pasti pesakit yang dijangkiti dengan secepat mungkin.

Inisiatif dan langkah berjaga-jaga ini turut diambil syarikat Bandar Raya Developments Berhad (BRDB), apabila membuat pemantauan rapi dengan menyekat mana-mana kakitangan mereka yang mempunyai simptom seperti suhu badan tidak normal serta ujian dari aplikasi MySejahtera.

Sumber daripada kakitangan BRDB berkata, hanya mereka yang disenaraikan sebagai risiko rendah sahaja boleh dibenarkan bekerja di pejabat.

“Pekerja yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan pesakit COVID-19, dan keputusan tersebut dikesan melalui aplikasi MySejahtera tidak akan dibenarkan untuk bekerja di pejabat.

“Arahan daripada pihak pejabat urusan bangunan BRDB ialah untuk memperketatkan lagi sistem pengurusan di pejabat bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Ia susulan terdapat beberapa kes positif dikesan sejak kebelakangan ini,” menurut sumber.

Mereka yang disenaraikan sebagai ‘Casual Contact’ tidak dibenarkan memasuki premis Menara BRDB. - Gambar oleh Sairien Nafis
Mereka yang disenaraikan sebagai ‘Casual Contact’ tidak dibenarkan memasuki premis Menara BRDB. - Gambar oleh Sairien Nafis

Menara berkenaan menempatkan dua portal milik Petra News, iaitu The Vibes dan Getaran.

Peraturan itu menyebabkan ada petugas The Vibes dan Getaran terpaksa meneruskan tugasan masing-masing dari rumah selepas tidak dibenarkan memasuki pejabat mereka yang terletak di tingkat 10 menara tersebut.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan, majikan yang gagal mematuhi garis panduan dalam pengendalian isu berhubung penularan COVID-19 di tempat kerja, khususnya membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian pekerja boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Kerja 1955.

Garis panduan berhubung perintah kuarantin, pemberhentian kerja, kelayakan cuti dan pemeriksaan kesihatan dalam kalangan pekerja sepanjang COVID-19 termaktub mengikut Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955.

Sementara itu, mengikut Seksyen 60E (1B) pula, pekerja yang diberi perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan sepanjang tempoh berkenaan.

Kementerian menegaskan, majikan juga tidak boleh melarang pekerja datang bekerja tanpa perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah yang dikeluarkan pengamal perubatan berdaftar. - Getaran, 10 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Utara Musnah Terbakar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 10 Warga Asing Termasuk Kanak-Kanak Mengemis Di Bangsar

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad