web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


25 Mei Keputusan Rayuan Remaja Terhadap Perintah Dihantar Ke Henry Gurney

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 9:26AM

Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee berhujah remaja itu perlu ditempatkan di Sekolah Henry Gurney dan tidak boleh dikenakan hukuman bukan tahanan kerana remaja itu tidak menghormati kesantunan wanita - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Mei untuk membuat keputusan sama ada seorang remaja yang mengaku bersalah terhadap kesalahan berkaitan seksual perlu dikenakan hukuman bukan tahanan atau ditempatkan di Sekolah Henry Gurney.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata mereka memerlukan masa sebulan untuk meneliti undang-undang berkaitan bagi mempertimbangkan hukuman yang sesuai bagi remaja lelaki itu.

Hakim Hadhariah bersidang bersama Hakim Datuk M.Gunalan dan Hakim Datuk Lim Chong Fong mendengar rayuan remaja berusia 18 tahun itu hari ini terhadap dua perintah Mahkamah Majistret supaya dia dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun.

Remaja itu yang melakukan kesalahan tersebut ketika berusia 15 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, yang bertindak sebagai Mahkamah Kanak-Kanak atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan satu lagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii.

Dia juga didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, yang bertindak sebagai Mahkamah Kanak-Kanak, atas pertuduhan amang seksual.

Ia melibatkan dua mangsa iaitu rakannya dan seorang lagi adik perempuannya.

Pada 23 Sept 2020, Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan remaja itu ditempatkan di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun manakala Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah yang sama pada 4 Feb 2021 selepas remaja itu mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Rayuannya terhadap hukuman itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 5 Nov 2021.

Terdahulu dalam prosiding mahkamah, Hakim Hadhariah berkata anggota panel telah membaca rekod rayuan dan mendapati perayu (remaja itu) mempunyai kecenderungan menonton pornografi.

Sementara itu, remaja itu yang diwakili peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhujah bahawa majistret telah terkhilaf dalam mengeluarkan perintah untuk menghantar anak guamnya ke Sekolah Henry Gurney kerana tiada cadangan daripada pegawai percubaan untuk berbuat demikian.

Mohd Khairul berkata mengikut Seksyen 91 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman bukan tahanan seperti jaminan, membuat perintah percubaan, khidmat masyarakat atau perintah supaya remaja itu membayar denda, pampasan atau kos. 

Beliau berkata remaja itu telah membuka lembaran baharu dan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkata ketika belajar di sekolah asrama, tiada aduan atau laporan menyatakan remaja itu telah mengulangi kesalahan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee berhujah remaja itu perlu ditempatkan di Sekolah Henry Gurney dan tidak boleh dikenakan hukuman bukan tahanan kerana remaja itu tidak menghormati kesantunan wanita.

Beliau berkata hukuman pencegahan harus dikenakan untuk menghantar mesej bahawa mahkamah menunjukkan kebencian terhadap kesalahan tersebut.

Ng berkata perintah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret agar remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka adalah berdasarkan undang-undang yang membenarkan remaja itu ditempatkan di sekolah berkenaan sehingga dia berumur 21 tahun.

“Sekolah itu yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Penjara adalah sesuai kerana ia menyediakan program pemulihan,” katanya sambil menambah bahawa jika mahkamah tidak bersetuju, maka hukuman yang sesuai adalah tahanan di penjara.

Ng berkata di bawah undang-undang, perintah percubaan tidak boleh diberikan kepada remaja itu jika kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan seksual. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Melaka Lulus RUU, Bolehkan Pelantikan 7 ADUN Tanpa Pilihan Raya

oleh Sophia Ahmad