web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keprihatinan Nurul Izzah Santuni Keluarga Asnaf, Belanja Baju Raya Dipuji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 7:06AM

Nurul Izzah beramah mesra dengan salah satu keluarga yang menetap di Chow Kit semalam sempena Program Girang Syawal Nurul Izzah bersama Anwar Ibrahim Club (AIC). - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.

Itu realiti kehidupan segelintir masyarakat di tengah ibu negara yang bukan sahaja hidup dalam serba kekurangan, malah tidak memiliki kelengkapan sempurna setiap kali menjelang hari istimewa, termasuk Aidilfitri.

Justeru, bagi mengukir senyuman di wajah golongan itu sempena kehadiran keraian berkenaan, Ketua Sekretariat Bersama Jawatankuasa Penasihat (kepada Menteri Kewangan) yang juga anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah ‘turun padang’ menyantuni puluhan keluarga kurang berkemampuan yang menetap di Chow Kit di sini, semalam.

Usaha dilaksanakan menerusi Program Girang Syawal Nurul Izzah bersama Anwar Ibrahim Club (AIC) itu, menyaksikan beliau membawa 20 wakil keluarga asnaf berbelanja baju raya untuk kanak-kanak daripada golongan terbabit di premis jualan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Pada program bermula kira-kira jam 4.45 petang hingga 9 malam itu, beliau turut mendekati keluarga berkenaan untuk menghulurkan bantuan barangan keperluan, selain mendengar luahan perasaan mereka.

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar

“Saya memulakan gerak kerja untuk menyantuni masyarakat di Jalan TAR tadi, dengan membeli-belah untuk beberapa anak daripada keluarga berpendapatan rendah yang dibantu Parlimen Bandar Tun Razak, selain beberapa badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Pertubuhan Jejak Jalanan, Dapur MADANI serta Khidmat Malaysia.

“Yang pasti pada malam ini, saya rasa banyak kita belajar, kita perlu peka dengan keperluan dan capaian segala bantuan ditawarkan kerajaan itu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapat tempat kediaman berkualiti serta selesa.

“Kemiskinan itu bersifat pelbagai dimensi, pendapatan, cabaran psikologi, akses kepada kesihatan, termasuklah tubuh badan contohnya golongan orang kelainan upaya (OKU), jadi ia bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan sasaran Kerajaan Perpaduan untuk memastikan lebih 140,000 keluarga miskin menerima bantuan, jadi kita cuba bantu,” katanya kepada media ketika ditemui pada program itu, malam tadi.

Program Girang Syawal Nurul Izzah bersama Anwar Ibrahim Club (AIC) ini membolehkan Nurul Izzah mendekati masyarakat di kawasan Chow Kit.
Program Girang Syawal Nurul Izzah bersama Anwar Ibrahim Club (AIC) ini membolehkan Nurul Izzah mendekati masyarakat di kawasan Chow Kit.

Mantan Naib Presiden PKR itu berkata, masyarakat selalu beranggapan golongan berpendapatan tinggi (T20) dan sederhana (M40) tidak memahami keadaan susah terbabit kerana tidak merasa cabaran sedemikian.

Katanya, anggapan itu salah kerana setiap orang harus memahami dan bersedia kerana semua golongan boleh ditimpa musibah.

Ujarnya, amat penting untuk mereka mempunyai perlindungan jalinan sosial mencukupi sebagai persediaan, seperti dilaksanakan menerusi program seperti itu.

“Maksudnya (memahami) apa bentuk bantuan yang dapat kita capai apabila kita ditimpa kesusahan dan musibah,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran ditetapkan untuk program itu, Nurul Izzah berkata, ia mencakupi bukan sahaja mereka yang berada di dalam rumah, malah di luar.

Namun, beliau memaklumkan, pada program itu, mereka menyantuni kira-kira 30 keluaga yang memberinya ruang untuk bercakap dan belajar memahami situasi berkenaan.

Dari segi jenis barangan pula, katanya, ia melengkapi bantuan untuk keperluan ibu dan anak, termasuk susu.

“Saya fikir masalah dialami golongan itu adalah sistematik, jadi walaupun kita beri bantuan, saya minta Pertubuhan Jejak Jalanan mendapatkan data dan maklumat terperinci, supaya setiap keluarga terbabit seboleh mungkin kita dapatkan bantuan orang ramai atau memenuhi secara bersasar keperluan mereka.

“Kadang-kadang kalau lima orang diberi benda sama pun tidak akan membantu, mereka memerlukan peluang meraih rezeki.

“Jadi semua bentuk bantuan, kita cuba perincikan (nanti) supaya dapat dipenuhi sebaik mungkin,” katanya.

Nurul Izzah menyampaikan pek barangan keperluan asas kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Chow Kit.
Nurul Izzah menyampaikan pek barangan keperluan asas kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Chow Kit.

Sementara itu, wakil Pertubuhan Jejak Jalanan, menyifatkan usaha murni dilaksanakan Nurul Izzah dapat membantu golongan terbabit dan berkongsi rezeki bersama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Nurul Izzah kerana menyantuni asnaf yang berada di Chow Kit, malah kita amat terharu apabila beliau datang bersama anda semua untuk memberi bantuan serta berkongsi rezeki pada Ramadan dan menjelang Aildilfitri

“Kita mengharapkan dapat membuat satu perubahan untuk masyarakat kita dan warga Malaysia, supaya benda ini akan berubah mengikut 10 tahun atau lima tahun akan datang,

“Mungkin landskap itu akan berubah dengan apa yang kita buat sekarang ini,” katanya.

Menurut seorang penerima pek barangan keperluan asas yang hanya ingin dikenali Su, 43, dia berterima kasih kepada Nurul Izzah yang cukup merendah diri dan prihatin untuk turun padang bertanya khabar serta menghulurkan bantuan.

“Barangan kami peroleh ini seperti hadiah sempena hari raya yang akan menjadikan Aidilfitri lebih bermakna serta selesa,” katanya. – Getaran, 20 April 2023

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad