web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


APAD Luluskan 256 Bas Tambahan Sempena Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 6:51PM

Loke menyapa rakyat yang menunggu bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) meluluskan 256 bas tambahan melalui permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan bagi menampung permintaan tiket untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri 2023.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata jumlah bas tambahan yang diluluskan APAD tahun ini adalah 1.5 kali ganda berbanding pada 2022 (98 bas tambahan).

“Ini menunjukkan terdapat peningkatan permintaan daripada pengguna sekali gus mencerminkan tanda-tanda pemulihan ekonomi negara khususnya dalam sektor pengangkutan awam selepas negara beralih kepada fasa peralihan endemik pada 1 April 2022,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini.

Menurut Loke, bas-bas tambahan yang diluluskan disaring bagi mematuhi semua kriteria permohonan seperti yang telah diluluskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), pemasangan GPS dan perlu sentiasa berfungsi bagi memantau pergerakan serta merekod kelajuan kenderaan.

Loke bersama mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar di dalam sebuah bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Loke bersama mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar di dalam sebuah bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Katanya, pengendali TBS telah mengambil langkah-langkah persediaan untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi bermula 18 April hingga 22 April antaranya penambahan kakitangan, kaunter tiket dan kaunter pertukaran tiket.

Selain itu, Loke berkata turut dilaksanakan ialah keselamatan 24 jam oleh Unit Polis Bantuan, pemantauan keselamatan berterusan melalui 623 buah kamera litar tertutup (CCTV), menambah kakitangan terminal bagi mengawal pengurusan trafik dan laluan di sekitar terminal dan mengadakan operasi bersepadu dengan pihak berkuasa.

Beliau berkata pihak TBS turut mengambil inisiatif untuk memastikan status tiket dan sebarang makluman jadual perjalanan dikemas kini di Sistem Paparan Maklumat Pengguna dan semua saluran media sosial seperti laman sesawang TBS, Facebook, Instagram dan Twitter.

Katanya, turut diperkenalkan ialah konsep tanpa kertas dengan menggunakan kod QR bagi pembelian tiket secara dalam talian iaitu penumpang hanya perlu mencetak dan boleh terus ke Balai Pelepasan selepas mengimbas Kod QR di Auto Counter Gate (AGC) bagi mengurangkan kesesakan di kaunter dan pintu masuk utama Balai Pelepasan.F

“Perkara ini dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan beratur di terminal khususnya di musim-musim perayaan,” katanya dan menambah sehingga 17 April beberapa Penyedia Sistem Tiket Online (OTA) utama iaitu GoHub, BusOnlineTicket dan RedBus telah berjaya melaksanakan integrasi sistem dengan TBS secara berperingkat.

Loke berjabat tangan dengan seorang pengunjung Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Loke berjabat tangan dengan seorang pengunjung Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Beliau berkata penumpang yang telah membeli tiket daripada OTA tersebut akan menerima notifikasi kod QR yang disertakan dengan logo GoPass dan boleh terus ke Balai Pelepasan terminal untuk menaiki bas.

Loke berkata bagi penumpang yang membuat pembelian melalui tiga penyedia OTA sebelum tarikh pelaksanaan integrasi, pihak penyedia OTA akan menghantar notifikasi kod QR melalui emel yang didaftarkan penumpang ketika membuat pembelian tiket.

“Penumpang boleh terus ke Balai Pelepasan terminal untuk menaiki bas.

“Langkah ini dapat mengatasi masalah penumpang terlepas bas kerana menunggu kod QR,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad