web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ustaz Wadi Annuar Tetap Disiasat, Cuma Tarikh Ditangguhkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 6:39PM

Ustaz Wadi Annuar - Gambar daripada Facebook Ustaz Wadi Annuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) memaklumkan sesi siasatan terhadap pendakwah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali Ustaz Wadi Annuar yang dijadualkan pada 17 April lalu, ditangguhkan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan itu dibuat susulan permohonan daripada Ustaz Wadi Annuar sendiri.

Ia ditangguhkan berdasarkan alasan dikemukakan kepada JAIPs.

“JAIPs menerima beberapa pertanyaan daripada pihak media dan orang awam mengenai sesi siasatan terhadap Encik Wadi Annuar Ayub yang dijadualkan pada 17 April lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak penama sudah memohon penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan berdasarkan alasan dikemukakan kepada pihak JAIPs,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Najmuddin berkata, JAIPs menegaskan bahawa siasatan terhadap penama akan tetap diteruskan pada 2 Mei depan.

“Tindakan undang-undang, termasuk pelaksanaan waran tangkap akan diambil sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,” katanya.

Pada bulan lalu, JAIPs mengesahkan pihaknya akan memanggil Ustaz Wadi Annuar dan penganjur program agama membabitkan sebuah parti politik di negeri berkenaan, bagi memberi keterangan berhubung ceramah tanpa tauliah.

Mufti Perlis yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, program itu dianjurkan parti berkenaan di sebuah kompleks pendidikan di Kampung Abi, Padang Machang, tanpa tauliah daripada JAIPs.

Katanya, Ustaz Wadi Annuar dan penganjur dikehendaki hadir untuk diambil keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April dan satu proses tindakan undang-undang akan dijalankan secara sivil serta syariah selepas itu.

“Kita (Jabatan Mufti Negeri Perlis) yang keluarkan tauliah dan JAIPs melaksanakan penguatkuasaannya dan dalam hal ini, melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis, pihak berkenaan sudah ditawarkan dan dipelawa memohon tauliah kerana kita akan nilaikan dahulu, jadi dia (perlu) pohonlah dahulu tauliah itu.

“Kita hendak tengok juga siapa dia yang hendak ceramah, tetapi dia enggan malah semasa dua kali perjumpaan bersama JAIPs juga sudah ditegaskan supaya minta tauliah terlebih dahulu, namun beliau tetap juga enggan dengan alasan tersendiri, seperti ceramah itu dilakukan di premis peribadi dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian pada 30 April lalu, penguat kuasa JAIPs tidak membuat keputusan untuk menangkap Ustaz Wadi Annuar, sebaliknya ia hanya untuk proses mengambil keterangan.

Bagaimanapun, tindakan itu dilaporkan dihalang dengan satu halangan besar daripada hadirin dalam majlis berkenaan secara tidak terhormat, meskipun terdapat anggota polis yang hadir mengawal kejadian terbabit. - Getaran, 19 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi