web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atasi Kesesakan Jalan, LLM Arah Syarikat Konsesi Laksana Langkah Pencegahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 2:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua syarikat konsesi lebuh raya telah diarahkan untuk mengambil pelbagai langkah bagi meminimakan kesan peningkatan trafik sempena cuti Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, ia selari dengan jangkaan mengenai peningkatan jumlah trafik di tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya KL- Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

Menurut beliau, LLM menjangkakan jumlah kenderaan akan meningkat sehingga 2.3 juta sehari bermula 19 April sehingga 7 Mei depan.

“LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaran yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya, bermula semalam sehingga 7 Mei depan.

“Mereka juga disarankan mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk pengguna Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 bagi membantu orang ramai merancang perjalanan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semua syarikat konsesi berkenaan disarankan menggunakan papan tanda elektronik (VMS) bag memaparkan maklumat trafik, serta memperingatkan pengguna agar memastikan baki nilai Touch ‘n Go / e-Wallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

“Semua syarikat konsesi juga diminta menempatkan petugas di setiap plaza tol untuk membantu pengguna dalam memastikan kelancaran pergerakan trafik semasa inisiatif tol percuma berkuat kuasa,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, pihak berkaitan juga diminta memastikan semua sistem dan operasi di plaza tol berjalan lancar bagi mengelakkan kesesakan, selain menambah lorong tol di berapa plaza yang dikenal pasti mempunyai aliran trafik tinggi.

“Bahu jalan akan digunakan sebagai lorong tambahan di lokasi yang telah dikenal pasti di Lebuhraya Utara Selatan supaya aliran trafik bergerak lebih lancar.

“Ini khususnya di kawasan hotspot kesesakan dan kawasan mendaki, yang akan dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, LLM telah mengarahkan agar syarikat konsesi menyediakan anggota Emergency Response Team (ERT) yang secukupnya bagi mempercepatkan tempoh tindakan untuk menangani sebarang insiden yang berlaku di lebuh raya.

“LLM juga akan memastikan kemudahan tambahan bagi tempat letak kereta dan tandas mudah alih disediakan di beberapa kawasan Rehat dan Rawat (RnR) di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai inisiatif tol percuma bermula hari ini hingga 21 April dan 24 April, jurucakap terbabit berkata, pemandu dinasihatkan supaya menyentuh kad Touch n Go atau SmartTAG di setiap plaza tol dilalui.

“Pengguna RFID pula perlu masuk dan keluar lebuh raya menggunakan lorong RFID walaupun tiada bayaran yang akan yang ditolak daripada kad dan e-Wallet Touch n Go masing-masing.

“Pengguna lebuh raya juga akan menikmati tol percuma melalui plaza tol atau plaza tol keluar bagi lebuh raya yang beroperasi secara sistem tol tertutup sepanjang tempoh ditetapkan,” katanya.

Jelas beliau, Pusat Pengurusan Trafik (TMC), LLM akan beroperasi selama 24 jam bermula pada 19 hingga 26 April bagi membantu pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat trafik terkini.

“Status trafik akan dikemaskini di media sosial rasmi LLM dan Syarikat Konsesi seperti di Facebook rasmi LLM dan Twitter menerusi akaun @Ilmtrafik atau mereka juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik, LLM di talian 1-800-88-7752,” katanya. - Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidiladha: Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Aliran Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Setakat Pagi Ini

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Aliran Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad