web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Rasuah Pekerja Asing : Lebih Ramai Akan Dipanggil - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 12:21PM

Seorang menteri turut dipanggil untuk sekali lagi disoal selepas keterangannya diambil Ahad lepas - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lebih ramai akan dipanggil untuk disoal, termasuk pemimpin politik, serentak dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Kementerian Sumber Manusia.

Ini adalah sebahagian daripada usaha agensi berkenaan untuk mengesan sejumlah besar wang tunai yang dikaitkan dengan kes rasuah, melibatkan pengambilan pekerja asing.

Utusan Malaysia yang memetik kenyataan sumber melaporkan, seorang menteri turut dipanggil untuk sekali lagi disoal selepas keterangannya diambil Ahad lepas.

“Lebih ramai pegawai kementerian, kontraktor dan pegawai di agensi berkaitan akan dipanggil untuk disoal.

“Seorang pemimpin politik yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kewangan parti berkaitan kementerian juga mungkin akan dipanggil. Ini bergantung kepada siasatan.”

SPRM semalam dilaporkan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ke atas beberapa kereta yang didaftarkan di bawah nama Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Menurut laporan Malaysiakini, pengurusan kondominium di Cyberjaya telah diarahkan untuk menyerahkan rakaman berkenaan.

“SPRM telah mengarahkan rakaman CCTV dari 6 hingga 7 Mac serta 7 dan 8 April memaparkan tiga kenderaan iaitu Mercedes Benz, Proton Perdana dan Mitsubishi Outlander,” kata sumber berkenaan.

SPRM sebelum ini mengesahkan telah melawat kediaman Sivakumar sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

Ia selepas menteri DAP itu menafikan rumahnya diserbu seperti dilaporkan oleh media.

Menurut laporan, ‘serbuan berkenaan’  memiliki kaitan dengan tuduhan bahawa Sivakumar menerima jutaan ringgit sebagai balasan untuk kontrak kerajaan.

Minggu lalu, SPRM menahan dua pembantunya, masing-masing terdiri daripada Pegawai Khas dan Setiausaha Sulit, selain ejen pengambilan pekerja asing.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun dibebaskan selepas perintah reman ke atas mereka berakhir semalam. - The Vibes, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar