Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Trend Balik Raya Tidur Hotel Cetus Perdebatan, ‘Sampai Rumah Semua Sudah Dihidangkan…’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:07AM

Menjelang Aidilfitri, pasti ramai yang teruja dan gembira dapat berkumpul bersama ahli keluarga dan saudara-mara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menjelang Aidilfitri yang hanya berbaki beberapa hari lagi, pastinya menyaksikan orang ramai mula berkongsi pandangan dan kisah masing-masing mengenai aktiviti akan dilakukan apabila pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari istimewa itu bersama keluarga.

Ada antara mereka yang teruja dan gembira apabila akan berkumpul bersama ahli keluarga dan saudara-mara selama beberapa hari, termasuk melakukan tradisi saban tahun dengan ‘tidur di ruang tamu’ beramai-ramai sebagai tanda ‘kemeriahan’.

Ada warga maya yang menyifatkan dakwaan segelintir mereka yang memilih untuk tidur di hotel sebagai ‘pemalas’ atau ‘demi kesenangan’ sebagai tidak berasas serta tuduhan melampau -Gambar Hiasan
Ada warga maya yang menyifatkan dakwaan segelintir mereka yang memilih untuk tidur di hotel sebagai ‘pemalas’ atau ‘demi kesenangan’ sebagai tidak berasas serta tuduhan melampau -Gambar Hiasan

Namun di sebalik situasi itu, tular hantaran seorang individu di media sosial mengenai tindakan ‘popular’ sesebuah keluarga yang memilih untuk tidur di hotel ketika pulang beraya di kampung, tetapi sering dipertikai dan disalah erti.

Menurutnya, pilihan untuk bermalam di hotel sepatutnya tidak menjadi isu atau dilihat pelik kerana ia bukanlah untuk bersikap berlagak.

Sebaliknya, hantaran itu memaklumkan, ia lebih kepada untuk menjaga aurat ahli keluarga wanita supaya selesa bergerak dan sentiasa terpelihara.

“Balik raya tidur hotel bukan sebab berlagak, tapi sebab nak jaga aurat anak perempuan dan isteri,” menurut hantaran itu.

Bagaimanapun, hantaran mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu itu yang kemudian turut dikongsi admin akaun Facebook, Kisah Dunia, mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan warga maya apabila ada bersetuju, manakala segelintir mengecam tindakan terbabit yang disifatkan ‘tidak sopan’, ‘mementingkan diri’ dan ‘sombong’.

Netizen berkata, tindakan itu seolah-olah mengelak untuk melakukan kerja rumah atau tidak mahu membantu persiapan raya sedang giat dibuat ahli keluarga lain yang berada di kampung.

Malah, mereka berkata, sikap itu seharusnya dielakkan kerana ia bukan sahaja boleh mencetuskan rasa tidak puas hati atau perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga, tetapi juga mengakibatkan tradisi berkumpul beramai-ramai ahli keluarga semakin tidak diberi perhatian.

“Raya ni, pesan pada suami, isteri atau anak-anak. Balik bukan sekadar menjadi tetamu bertandang, tapi baliklah sebagai keluarga yang sama-sama membantu. Jangan biasakan, mentang-mentang kita kereta besar, banyak duit, orang di sana pula baik, begitu sekali kita layan ahli keluarga kita.

“Nak jadi tetamu, banyak tempat lain boleh jadi tetamu. Bukan di rumah keluarga sendiri,” coret admin akaun itu.

Ia kemudian dipersetuju segelintir netizen yang berkongsi sikap ‘buruk’ keluarga tertentu yang memilih untuk menginap di hotel ketika pulang beraya.

Ada netizen berpendapat tindakan 'tidur hotel' seolah-olah mengelak untuk melakukan kerja rumah atau tidak mahu membantu persiapan raya sedang giat dibuat ahli keluarga lain yang berada di kampung - Gambar Hiasan
Ada netizen berpendapat tindakan 'tidur hotel' seolah-olah mengelak untuk melakukan kerja rumah atau tidak mahu membantu persiapan raya sedang giat dibuat ahli keluarga lain yang berada di kampung - Gambar Hiasan

“Dah tidor kat hotel, lepas tu balik rumah mak bapa, semua dihidangkan tanpa mahu menyinsing lengan memasak, menghidang dan membasuh periuk belanga yang melambak tu. Dah kenyang mata pun dah ‘lalok’ (mengantuk) minta diri balik hotel semula! Tidoooor (tidur) dalam aircond. Mantap!,” kata seorang pengguna.

“Setuju...bekerjasama lah antara satu sama lain,” kata Umiey.

“Betul sangat tu, susah sama-sama susah, senang sama-sama senang, baru la barokah kehidupan kita semua bila dapat berkumpul adik beradik di rumah mak dan ayah kita, selamat hari raya,” tulis Nazarina.

“Betul lah, kita balik kan nak bersama dengan family (keluarga), dah kalau tak tidur rumah family balik buat apa, kecuali kalau full house (penuh) ok la, sampai dah tak ada tempat nak tidur,” kongsi Norliza.

“Aku kalau ada adik-beradik perangai macam ni, memang dari jauh lagi kena halau. Nasib baik adik-beradik semua jenis suka masuk dapur tiap kali balik kampung,” ujar Miey Caster.

Ada netizen yang mengimbau kenangan zaman kecil dengan mengatakan berkumpul dan tidur di kampung ketika musim cuti dan perayaan adalah momen sangat menyeronokkan, tetapi ia semakin tidak diberi perhatian.

“Teringat zaman sekolah dulu kalau balik kampung je, semua pakat berebut nak tidur dalam kelambu dengan tok, tapi semua tu tinggal kenangan, memang jauh beza raya zaman dulu dengan sekarang,” imbau seorang netizen.

Ada netizen yang mengimbau kenangan zaman kecil dengan mengatakan berkumpul dan tidur di kampung ketika musim cuti dan perayaan adalah momen sangat menyeronokkan, tetapi ia semakin tidak diberi perhatian - Gambar Hiasan
Ada netizen yang mengimbau kenangan zaman kecil dengan mengatakan berkumpul dan tidur di kampung ketika musim cuti dan perayaan adalah momen sangat menyeronokkan, tetapi ia semakin tidak diberi perhatian - Gambar Hiasan

Di sebalik komen diberikan itu, ada warga maya yang menyifatkan dakwaan segelintir mereka yang memilih untuk tidur di hotel sebagai ‘pemalas’ atau ‘demi kesenangan’ sebagai tidak berasas serta tuduhan melampau.

“Kisah Dunia, walaupun tidur hotel, jam 7 pagi dah terpacak kat rumah kampung untuk sediakan apa yang patut, bukan datang jam 9.30 pagi terus nak minum dan makan apa ada, (kemudian) merungut,” kata Vix.

Sure (pasti) ke tidur hotel, tidur homestay auto (automatik) jadi tetamu. Jangan negatif sangat pukul rata habis. Silap-silap yang tidur kat rumah tu terhegeh-hegeh baru bangun tidur,” respon pengguna lain.

“Saya sekeluarga memang tidur hotel, tapi jam 5 pagi dah sampai rumah mak, seronok buat kerja ramai-ramai,” jelas Siti.

“Hotel itu tempat tidur je, siang dan malam tu aktiviti tolong-menolong, masak-memasak, kemas-mengemas kat rumah,” kata Sapiah.

“Setuju sangat. Mana larat nak bertudung 24 jam, lagi lah dalam cuaca sekarang. Kalau niat menjaga aurat, Alhamdulillah! Semoga istiqomah,” luah Maziah. – Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

4

Filem & TV 2 minggu yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Mahu Buka Kasino Di Forest City, Berjaya Corporation Buat Laporan Polis

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 jam yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 59 minit yang lalu

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024