web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Teliti Rakaman CCTV Kereta Sivakumar - Laporan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 9:31PM

V Sivakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kereta yang didaftarkan di bawah Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, susulan siasatan berterusan dijalankan agensi itu berhubung dakwaan rasuah membabitkan pengambilan pekerja asing.

Pihak pengurusan sebuah kondominium di Cyberjaya sudah diminta menyerahkan rakaman itu, menurut laporan Malaysiakini.

“Tiga kenderaan menjadi tumpuan siasatan (kelulusan pekerja asing).

“SPRM sudah meminta rakaman CCTV dari 6 dan 7 Mac serta 7 dan 8 April yang menunjukkan tiga kenderaan, Mercedes Benz, Proton Perdana dan Mitsubishi Outlander,” menurut sumber.

Di sebalik dakwaan dua daripada tiga kenderaan itu didaftarkan atas nama Sivakumar, SPRM semalam, juga dipercayai meminta rakaman berkenaan diserahkan selewat-lewatnya hari ini.

Semalam, SPRM turut mengesahkan sudah ‘melawat’ rumah Sivakumar sebagai sebahagian daripada siasatannya, selepas menteri DAP itu menafikan laporan media yang mendakwa rumahnya diserbu.

Terdahulu, media melaporkan ‘serbuan’ itu berkaitan dakwaan bahawa Sivakumar menerima jutaan ringgit daripada seorang individu sebagai balasan kontrak kerajaan.

Minggu lalu, SPRM menahan dua pembantunya, pegawai khas dan setiausaha sulit beliau, selain seorang ejen pengambilan pekerja asing.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan selepas perintah reman berakhir semalam.

Pada Khamis lalu, pegawai SPRM menyerbu Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan menurut sumber, suruhanjaya itu akan meluaskan skop siasatannya untuk memanggil pegawai kanan dan ketua agensi di bawah kementerian itu. - The Vibes, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad