web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pastikan Langkah Keselamatan, Penjimatan Elektrik Diutamakan Sebelum Meninggalkan Kediaman Sempena Aidilfitri  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 2:02PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjelang cuti Aidilfitri minggu ini, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah penjagaan keselamatan dan penjimatan sebelum meninggalkan kediaman mereka.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataannya memaklumkan, bagi tujuan itu pengguna boleh mengamalkan beberapa langkah demi memastikan keselamatan premis dan bijak tenaga, sekali gus menyumbang kepada usaha mengurangkan jejak karbon.  

Menurutnya, tindakan berkenaan adalah sejajar strategi kelestarian dan komitmen TNB terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Antara langkah itu adalah memastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan, bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir.

“Peralatan elektrik yang perlu dipasang harus dipastikan berada dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik bermotor bergerak lancar.

“Semua soket berada dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) berlebihan,” menurut kenyataan itu, hari ini.  

Dalam pada itu, TNB memaklumkan, sekiranya perlu menyalakan lampu kediaman yang ditinggalkan, pengguna wajar mempertimbangkan penggunaan alat pengukur masa, agar ia tidak menyala 24 jam, setiap hari mereka tidak berada di rumah.  

Katanya, menjadi keperluan juga untuk membuka gulungan wayar sambungan tambahan sepenuhnya, bagi mengelakkan ia daripada menjadi terlalu panas sepanjang penggunaannya.  

“Pengguna juga dinasihatkan supaya menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau Residual Current Circuit Breaker (RCCB) di kediaman masing-masing.  

“Ini bagi mengesan jika ada sebarang kejanggalan. Ia satu amalan yang sebaik-baiknya dilakukan sebulan sekali,” katanya.  

Jelasnya, pengguna boleh mengakses di laman sesawang TNB, iaitu www.tnb.com.my atau laman media sosial agensi berkenaan, bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui cara menguji PLAB.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik,” katanya. - Getaran, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad