web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Jualan Syawal Madani Terima Reaksi Positif Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 12:11PM

Orang ramai membeli barangan seperti ayam, telur, daging serta pelbagai jenis sayuran sebagai persiapan menjelang Aidilftitri di pasar tani sekitar ibu kota hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jualan Syawal MADANI yang diadakan di outlet pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara mendapat reaksi positif daripada pengguna sejak ia dilancarkan pada 15 April lepas.

Rata-rata pengunjung melahirkan rasa terima kasih kerana dapat membeli barangan seperti daging, ayam, sayur dan telur pada harga yang berpatutan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Seorang suri rumah, Norazah Sharif, 51, berkata harga ayam standard yang diperoleh semasa program jualan itu adalah RM10 seekor berbanding dengan harga luar yang lebih mahal.

“Harga barang jualan di sini murah berbanding dengan pasar di luar sana, tambahan Jualan Syawal MADANI ini semua barangan basah dan kering ada termasuk barangan hari raya.

“Ada rendang, ketupat, kuih raya… jadi memudahkan urusan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Jualan Syawal MADANI berkenaan turut mendapat reaksi positif daripada pengguna di media sosial apabila rata-rata mereka memuji usaha kerajaan menganjurkan program itu untuk meringankan beban rakyat.

“Satu usaha terbaik daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) agar rakyat di kawasan program Jualan Syawal MADANI mendapat harga murah. Di samping itu, sudah tentu melariskan jualan pengusaha barangan jualan tersebut,” kata pengguna Facebook Ammar Hassan.

Seorang lagi pengguna Facebook, Badrul Amin pula berkata kerajaan seharusnya mempromosikan program berkenaan secara besar-besaran supaya manfaatnya sampai kepada rakyat yang memerlukan. 

"Pasar Tani ini bagus sebab ramai peniaga bumiputera yang menjual barangan di sini dan harga pun berpatutan. Kalau boleh banyakkan lagi cawangan pasar tani seperti ini, barang mencukupi dan segar dari ladang," katanya. 

Sebanyak 113 outlet pemasaran FAMA di seluruh negara seperti  Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok (MNS) akan melaksanakan program Jualan Syawal MADANI mengikut jadual ditetapkan.

Program yang dilancarkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu itu menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga lebih rendah hingga 30 peratus berbanding harga di pasar biasa sehingga menjelang Aidilfitri ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad