web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukar Lihat Anak Bulan Khamis Ini, 1 Syawal Mungkin Sabtu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 9:20AM

Melihat anak bulan tidak boleh dilakukan dengan mata kasar dari mana-mana sahaja sebaliknya ia memerlukan teleskop yang tepat dan pemerhati profesional. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) memaklumkan tiada kemungkinan untuk melihat anak bulan Syawal pada Khamis ini, justeru Aidilfitri mungkin jatuh pada Sabtu.

Badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi itu dalam satu kenyataan di Twitter berkata, ramalan terbabit berdasarkan maklumat astronomi dan tarikh sebenar Aidilfitri hanya akan disahkan pihak berkuasa selepas melihat anak bulan.

“Penampakan anak bulan pada petang Khamis adalah sukar kerana ia memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan keadaan cuaca luar biasa.

“Melihat anak bulan pada Khamis tidak boleh dilakukan dengan mata kasar dari mana-mana sahaja di dunia Arab dan Islam.

“Melihat anak bulan pada Khamis juga adalah mustahil dengan teleskop di kebanyakan negara Arab, kecuali bahagian di Afrika Barat bermula dari Libya.

“Oleh itu, kemungkinan besar 1 Syawal jatuh pada Sabtu ini,” katanya.

Bagaimanapun, IAC berkata, terdapat kemungkinan beberapa negara Islam lain dapat melihat anak bulan pada Khamis berikutan berlakunya waktu konjunksi, sebelum matahari terbenam dan kemunculan bulan selepas matahari terbenam di semua wilayah dunia Islam.

Dijangkakan majoriti negara Islam lain akan mengumumkan 1 Syawal pada Jumaat ini.

Bagi negara yang memerlukan penglihatan tepat dengan hanya menggunakan mata kasar dan teleskop tempatan, mereka dijangka terus berpuasa sehingga hari ke-30.

Justeru, Aidilfitri akan jatuh pada Sabtu untuk negara berkenaan.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam agar menunggu pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal, bukan mengikut pendapat atau mempercayai dakwaan mana-mana pihak.

Beliau berkata, pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal akan dibuat pada jam 8 malam di semua saluran rasmi pada Khamis ini, 20 April.

Katanya, Malaysia hanya merujuk kepada pengumuman dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan bukan daripada pihak lain.

“Jadi kalau tuan-tuan dan puan-puan terima apa-apa info (tarikh 1 Syawal), sama ada jam 6 petang, 6.30 petang atau 7 petang jangan percaya.

“Tunggu pengumuman rasmi. Kita tidak ikut pengumuman seperti di Arab Saudi, India atau Indonesia, kecuali kita beraya di sana.

“Kita di Malaysia akan rujuk pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. InsyaAllah saya percaya sambutan Aidilfitri akan jatuh pada 1 Syawal. Jadi apa pun tak akan lari,” katanya. - Getaran, 17 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan