web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jerebu Dijangka Bertambah Buruk Mulai Pertengahan Bulan Depan - JAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 9:13AM

MetMalaysia memaklumkan negara kini dalam fasa peralihan monsun yang dijangka berlarutan selama dua bulan mulai pertengahan Mac lalu, dengan disertai ribut petir dan hujan lebat. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Negara dijangka berdepan jerebu lebih buruk dalam beberapa bulan akan datang, susulan daripada cuaca panas dan kering ketika ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pegawai Bahagian Udara JAS, Ezahtul Syahreen Abdul Rahman berkata, ia berikutan negara memasuki fasa monsun barat daya yang biasanya menyaksikan kebanyakan negeri, mengalami purata hujan bulanan minimum antara 100mm hingga 150mm.

“Jika kita lihat ramalan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kita berkemungkinan kurang hujan pada fasa ini dan cuaca jauh lebih panas berbanding sekarang.

“Ada kemungkinan besar jerebu akan menjadi lebih teruk mulai sekarang,” katanya kepada The Vibes.

Menurut MetMalaysia, negara kini dalam fasa peralihan monsun yang dijangka berlarutan selama dua bulan mulai pertengahan Mac lalu, dengan disertai ribut petir dan hujan lebat.

Walaupun MetMalaysia menjangkakan hujan lebat sepanjang minggu, termasuk semasa musim perayaan Aidilfitri, pegawai dari jabatan itu memberitahu The Vibes bahawa fasa monsun barat daya akan datang bakal menyaksikan kebanyakan negeri, mengalami lebih banyak hari tanpa hujan.

Beliau berkata, ia mungkin berlaku dari pertengahan Mei hingga September.

Semakan di laman web MetMalaysia mendapati, beberapa negeri boleh menjangkakan purata hujan serendah 50mm pada bulan tertentu.

Beberapa negeri termasuk Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini berkata, kementeriannya sedang bersiap sedia menghadapi potensi jerebu di Semenanjung, sambil menambah bahawa pasukannya akan memberi lebih perhatian kepada tanah gambut, kawasan mudah terbakar serta tapak lain yang terdedah kepada pembakaran terbuka.

Beliau berkata, pembukaan semula sepenuhnya aktiviti ekonomi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19, turut menyumbang kepada jerebu.

Menurut Ezahtul, pelepasan daripada aktiviti perindustrian dan kenderaan akan menyebabkan zarah kecil ‘memenuhi’ udara, mengakibatkan keadaan berjerebu, terutama pada hari panas serta lembap.

“Apabila tiada hujan, lebih banyak zarah ini akan memeluwap dan menepu di atmosfera, sekali gus menyebabkan kita mengalami jerebu,” jelasnya.

Tambah Ezahtul, berikutan arah angin monsun barat daya, Malaysia tidak mungkin mengalami jerebu rentas sempadan, terutama dari Indonesia sekiranya berlaku peningkatan kebakaran terbuka di sana.

“Satu-satunya laporan kawasan panas yang kami terima ialah di Kalimantan Barat. Jika kebakaran direkodkan di sana, kemungkinan besar hanya bahagian selatan Sarawak akan terjejas akibat jerebu,”. – The Vibes, 18 April 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini