web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 1:29PM

Menara Merdeka 118 kelihatan kurang jelas akibat jerebu yang melanda Kuala Lumpur. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua kawasan melibatkan Cheras, Kuala Lumpur dan Seberang Jaya di Pulau Pinang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU Cheras mencatatkan bacaan 152, manakala Seberang Jaya, 138.

Bacaan IPU di Cheras meningkat berbanding angka 151 yang dicatatkan pada jam 11 pagi tadi, manakala bacaan IPU di Seberang Jaya menurun sedikit berbanding bacaan 143 dalam tempoh sama.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Sebanyak 65 stesen pula mencatatkan bacaan sederhana, dengan Segamat, Johor merekodkan angka tertinggi iaitu 98, diikuti Minden, Pulau Pinang (96); Langkawi dan Alor Setar, Kedah serta Kota Bharu, Kelantan masing-masing (93).

Terdahulu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jerebu dialami negara ketika ini berpunca daripada insiden kebakaran kawasan seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan pembakaran terbuka.

Beliau berkata, cuaca panas melanda Semenanjung negara kini dan aktiviti ekonomi yang kembali beroperasi selepas COVID-19 turut menjadi penyumbang kepada keadaan itu.

“Cuaca kering ketika ini menyebabkan insiden kebakaran berlaku melibatkan kawasan hutan dan kawasan tanah yang mempunyai pemilik.

“Keadaan berjerebu ini bukan hanya di Malaysia tetapi juga berlaku di negara-negara rantau ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, pelbagai agensi kerajaan sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran tanah gambut di Kampung Beoh Mukim Beris Lalang di Bachok yang berlaku sejak 27 Mac lepas.

Beliau berkata, pada mulanya kebakaran hanya melibatkan kawasan seluas lima hektar namun kini sudah merebak kepada kawasan seluas antara 20 hingga 50 hektar.

Menurutnya, lokasi kejadian masih lagi berasap dan belum lagi dapat dipadamkan sepenuhnya. - Getaran, 17 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek