web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengambilan Pekerja Asing: Sivakumar Hadir Beri Keterangan Kepada SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 1:19PM

V Sivakumar - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar hadir memberi keterangan hari ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membantu siasatan kes pengambilan pekerja asing.

Perkara itu disahkan sumber SPRM yang memaklumkan beliau hadir untuk diambil keterangan pada kira-kira jam 10 pagi di Putrajaya.

“Keterangannya direkod cawangan SPRM di Putrajaya, 10 pagi,” katanya.

Terdahulu, Khamis lalu, The Vibes melaporkan, seorang pegawai kanan kepada Sivakumar ditahan SPRM, susulan serbuan di kementerian itu pada waktu pagi hari sama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dalam maklum balas ringkas melalui WhatsApp kepada The Vibes.

Beliau juga mengesahkan bahawa individu lain turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan agensi pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, penahanan itu berkaitan dakwaan mereka yang terlibat menubuhkan agensi pengambilan pekerja asing, bagi mendapatkan kelulusan daripada kementerian walaupun terdapat konflik kepentingan.

Individu kedua yang ditahan pula difahamkan adalah ejen pengambilan pekerja asing.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1 pagi Rabu sejurus tiba dari Bangkok.

Pegawai SPRM kemudian melakukan serbuan di kementerian itu pagi keesokannya.

Selain itu, difahamkan, siasatan SPRM tertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Manakala, Sivakumar ketika mengulas perkara itu menegaskan, beliau tidak mahu memberikan sebarang komen.

Tegasnya, beliau maklum mengenai penahanan itu, namun tidak boleh memberikan sebarang kenyataan.

“Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan pihak SPRM, saya tidak dapat memberikan sebarang komen,” katanya menerusi kenyataan.

Sivakumar berkata, beliau dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan SPRM, sekiranya diperlukan.

“Justeru itu, saya berharap pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak, sehingga siasatan SPRM berhubung perkara berkenaan selesai,” katanya.

Dalam perkembangan kes itu, SPRM memaklumkan, suruhanjaya terbabit mempergiatkan siasatannya berhubung isu pengambilan pekerja asing yang ‘membelenggu’ KSM, apabila lebih ramai individu, termasuk pegawai kanan dan ketua agensi kementerian berkenaan, akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Ujarnya, pihak berkuasa turut menyiasat pentadbiran kementerian itu.

Manakala, difahamkan, ketua di sebuah agensi di bawah KSM itu dijangka dipanggil untuk disoal siasat dalam beberapa hari lagi.

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu, mengumumkan langkah baharu untuk menjadikan proses pengambilan pekerja asing lebih telus dan berperikemanusiaan. – Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 32 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi