web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Didakwa Guna Jawatan Untuk Dapatkan Suapan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 12:37PM

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan antara Ogos hingga November 2020 di Pejabat JPS Daerah Mersing. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan menerusi sebut harga sebuah syarikat yang dia mempunyai kepentingan pada tiga tahun lepas.

Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Mersing Nurul Syahirah Omar, 31, sebagai individu berkepentingan dalam Amir Barakah Enterprise didakwa mengemukakan sebut harga syarikat itu keseluruhan berjumlah RM13,480.20 menerusi dokumen Borang Kajian Pasaran untuk melaksanakan pelbagai tujuan.

Menerusi dokumen tersebut, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu didakwa melaksanakan pembekalan alat ganti kenderaan iaitu Nissan, pembekalan alat ganti kelengkapan pejabat dan pembekalan alat ganti serta pembaikan kenderaan jabatan.

Selain itu, menerusi dokumen itu juga dia didakwa melaksanakan penyelenggaraan alat kelengkapan penyiaran dan perhubungan, pembekalan alat ganti kelengkapan elektrik dan elektronik serta penyelenggaraan kenderaan penumpang.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan antara Ogos hingga November 2020 di Pejabat JPS Daerah Mersing.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan dan syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap sebulan sekali di Pejabat SPRM di sini.

Mahkamah menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor, manakala peguam Muhammad Faizzudin Abd Ra'fik mewakili tertuduh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad