web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuaca Panas, Kebakaran Tanah Gambut Antara Punca Jerebu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 5:48PM

Cuaca kering ketika ini menyebabkan insiden kebakaran berlaku melibatkan kawasan hutan dan kawasan tanah yang mempunyai pemilik - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jerebu yang sedang dialami negara ketika ini berpunca daripada insiden kebakaran kawasan seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan pembakaran terbuka, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini dan aktiviti ekonomi yang kembali beroperasi selepas COVID-19 turut menjadi penyumbang kepada keadaan itu.

"Cuaca kering ketika ini menyebabkan insiden kebakaran berlaku melibatkan kawasan hutan dan kawasan tanah yang mempunyai pemilik.

Keadaan berjerebu ini bukan hanya di Malaysia tetapi juga berlaku di negara-negara rantau ASEAN," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 50 orang asnaf di Kampung Parit Pasir Tumboh, di sini hari ini

Sementara itu, Nik Nazmi berkata pelbagai agensi kerajaan sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran tanah gambut yang berlaku di Kampung Beoh Mukim Beris Lalang di Bachok yang berlaku sejak 27 Mac lepas.

Beliau berkata pada mulanya kebakaran hanya melibatkan kawasan seluas lima hektar namun kini sudah merebak kepada kawasan seluas antara 20 hingga 50 hektar.

Menurutnya lokasi kejadian masih lagi berasap dan belum lagi dapat dipadamkan sepenuhnya. 

"Malah kebakaran telah mula merebak ke kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Kual, Kampung Kual Kecil dan Kampung Gondang.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan telah mengeluarkan notis arahan kepada semua pemilik tanah supaya bertanggungjawab dan mengambil langkah sebaiknya untuk elakkan tanah diceroboh atau dibakar," katanya.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata JAS Kelantan juga telah mengerakkan pasukan operasi mencegah kebakaran terbuka dengan melakukan pemeriksaan harian di semua kawasan tanah gambut yang mudah terbakar dalam tempoh musim kering ini.

"Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah lakukan operasi pengepaman telaga tiub  di kawasan tersebut sejak 29 Mac sehingga kini bagi mengalirkan air ke parit dan alur air berhampiran bagi melembapkan tanah supaya dapat mengelak kebakaran daripada terus merebak

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah menyelenggara saliran yang tersekat bagi memudahkan aliran air seterusnya meningkatkan paras air di alur dan mengekalkan kelembapan tanah," katanya. 

Beliau berkata operasi pemadaman turut melibatkan bomba yang memantau keadaan dan menjalankan kerja-kerja pemadaman sejak kebakaran mula dikesan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad