web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Perlu Mohon Untuk Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 9:19PM

Fahmi Fadzi ketika berucap melancarkan Pakej Perpaduan Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA)@MyKabel di Dataran PPR Kerinchi di sini hari ini. - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat yang ingin mendapatkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap perlu membuat permohonan kepada syarikat penyedia perkhidmatan kerana ia tidak dilaksanakan secara automatik.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata selepas permohonan dilakukan, pihak penyedia perkhidmatan akan memaklumkan tentang proses serta syarat yang perlu dipenuhi untuk pakej berkenaan. 

“Sebagai contoh, mereka mungkin pelanggan sedia ada tetapi pada pakej yang berbeza. Setelah pakej pada hari ini dilancarkan, maka mereka boleh berhubung dengan penyedia perkhidmatan untuk melakukan perubahan kepada pakej baharu.

“Sekiranya cukup semua syarat, maka ia akan diluluskan oleh syarikat penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap,” katanya selepas melancarkan Pakej Perpaduan Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA)@MyKabel di Dataran PPR Kerinchi di sini hari ini. 

Fahmi berkata kontrak antara penyedia perkhidmatan dengan pelanggan tidak melibatkan kerajaan, bagaimanapun pelanggan masih boleh menyalurkan sebarang aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya terdapat masalah.

Mengenai program hari ini, beliau berkata sebagai permulaan sebanyak 40,000 unit PPR disasarkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan iaitu TIME dotCom (Time) untuk Pakej Perpaduan PPR/PA@MyKabel.

Ia melibatkan PPR Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang 2 dan PPR Taman Putra Damai di Selangor; PPR Kerinchi dan PA Desa Rejang di Kuala Lumpur; PPR Melana Indah 2 di Johor serta PPR Kampung Melayu di Pulau Pinang.

Pakej tersebut menyediakan Internet berkelajuan 100 Mbps dengan data tanpa had RM69 berserta kontrak langganan 24 bulan, 30 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa sekitar RM99 di kawasan perumahan berstrata.

Dalam pada itu, Fahmi berkata tahap capaian 5G di Kuala Lumpur kini adalah 97.5 peratus berbanding 54.7 peratus capaian di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Digital Ma. Sivanesan, Pengarah Eksekutif Time Datuk Zainal Amanshah Zainal Arshad dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Azmi Abdul Hamid. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar