web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelan Penyuraian Trafik Laluan Gua Musang-Kuala Krai Mulai Esok - JKR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 9:20PM

JKR akan mula membuat dan memasang halangan di simpang-simpang berkenaan supaya lebih banyak jalan sehala di laluan Gua Musang-Kuala Lipis yang ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan Projek LTU. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat laluan penyuraian trafik bermula esok hingga 2 Mei depan sebagai inisiatif menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan yang menggunakan laluan Gua Musang-Kuala Lipis sebelum dan selepas sambutan Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata jalan alternatif dibuat susulan kerja-kerja pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) telah meliputi keseluruhan jalan asal laluan Gua Musang-Kuala Krai. 

Beliau berkata pelan penyuraian trafik berkenaan akan menjadikan perjalanan lebih panjang sejauh dua kilometer (km), namun dilakukan bertujuan mengurangkan konflik melintas dan menyeberangi jalan dengan aliran trafik bertentangan. 

“Kita akan mulakan (malam ini) untuk membuat dan memasang halangan di simpang-simpang berkenaan supaya lebih banyak jalan sehala,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek LTU, di sini hari ini. 

 Ahmad Redza berkata laluan penyuraian trafik itu akan membantu pengguna menggunakan jalan yang mempunyai mempunyai piawaian yang sama seperti jalan utama sebelum ini, namun lebih selamat ketika kecemasan memandangkan laluan alternatif tersebut mempunyai bahu jalan untuk berhenti. 

“Kita terpaksa mengadakan jalan alternatif yang standardnya sama dengan sebelum ini (iaitu) dua lorong, satu hala 3.5 meter dua hala tujuh meter. 

“Jadi maknanya kalau pemandu kenderaan itu datang dari Lembah Klang walaupun jalan lencongan, standard dia masih sama. Cuma jauh sikit kalau ikut jalan asal empat kilometer tetapi ikut jalan alternatif enam kilometer, lebih kurang bertambah dua kilometer,” katanya. 

Beliau bagaimanapun tidak menafikan aliran trafik berkemungkinan mengalami kesesakan terutama pada musim perayaan dan menasihati pengguna agar memandu dengan cermat apabila melalui jalan yang padat dengan kenderaan. 

“Memang akan ada sedikit kesesakan terutamanya pada musim perayaan tapi kita harap pemandu akan dapat bersabar, ikut peraturan dan sebagainya. Insya-Allah kita akan selamat sampai cuma kita lebih sikit dalam dua kilometer ,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad