web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Kementerian Sumber Manusia: Beri SPRM Masa, Jangan Buat Spekulasi - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 9:17PM

Anwar (kanan) ketika mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini hari ini. - Gambar dari Twitter @anwaribrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi masa untuk meneruskan siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan pengambilan pekerja asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memandangkan siasatan masih di peringkat awal, dan untuk berlaku adil kepada semua pihak, tidak sepatutnya ada sebarang spekulasi berkaitan perkara itu.

“Biarkan mereka (SPRM) menjalankan tugas mereka,” katanya.

Anwar berkata, SPRM diberi kuasa untuk menyiasat sebarang dakwaan rasuah, kerana negara mahukan tadbir urus yang bersih dan bebas rasuah.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab laporan mengenai tiga pembantu kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan oleh badan pencegah rasuah itu.

Sivakumar ialah Timbalan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Batu Gajah.

Anwar memberitahu sidang media di sini bahawa beliau dimaklumkan mengenai penahanan itu dan menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat perkara tersebut.

Beliau berkata, arahannya kepada agensi itu adalah jelas iaitu untuk mengambil tindakan jika terdapat bukti berkaitan rasuah.

Awal hari ini, Setiausaha Sulit kepada menteri itu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes kontrak pengambilan pekerja asing.

Wanita berusia 50-an itu ditahan pada jam 10 pagi selepas dia hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat.

Wanita itu menjadi individu ketiga ditahan sejak penahanan seorang lagi pembantu dan ejen pengambilan pekerja asing pada 12 April lalu.

Difahamkan, lebih ramai pegawai termasuk ketua sebuah agensi di bawah kementerian itu akan dipanggil ke ibu pejabat SPRM.

Dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata, mantan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Khalid Ramli, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang diaktifkan semula.

Khalid anak jati Kelantan pernah berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan Pulau Pinang sebelum bersara, tetapi kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi.

Khalid berjanji akan melakukan yang terbaik dan berterima kasih kepada Anwar atas keyakinannya terhadap beliau.

Antara projek diumumkan Anwar yang akan dilaksanakan oleh majlis itu ialah peruntukan RM200 juta untuk membangunkan semula tanah wakaf di Pulau Pinang.

Beberapa tanah terletak di kawasan komersial utama di pulau dan tanah besar.

Tugas majlis itu akan seiring dengan usaha kerajaan Pulau Pinang untuk membantu individu Bumiputera kurang bernasib baik di negeri itu.

Anwar turut mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk membantu pelajar agama di sekolah Maahad Tahfiz dengan kemahiran pendidikan latihan teknikal dan vokasional.

Katanya, ia akan membolehkan pelajar dibekalkan dengan kemahiran untuk membantu mereka apabila memasuki alam pekerjaan. - The Vibes, 14 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar