web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Tahan Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 6:33PM

SPRM telah menahan Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar bagi membantu siasatan kes pengambilan pekerja asing ketika dia hadir ke ibu pejabat SPRM untuk soal siasat. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan kes pengambilan pekerja asing.

Wanita berusia 50-an itu ditahan pada pukul 10 pagi selepas dia hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat.

Wanita itu menjadi individu ketiga ditahan sejak penahanan seorang lagi pembantu dan ejen pengambilan pekerja asing pada 12 April lalu.

Difahamkan, lebih ramai pegawai termasuk ketua sebuah agensi di bawah kementerian itu akan dipanggil ke ibu pejabat SPRM.

Semalam, The Vibes melaporkan bahawa SPRM turut memanggil pegawai kanan kementerian itu untuk disoal siasat, dan pegawai agensi rasuah terbabit kemudiannya menyerbu pejabat kementerian dan merampas beberapa dokumen.

Azam Baki
Azam Baki

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia dikaitkan dengan siasatan agensi antirasuah itu berhubung dakwaan melibatkan agensi pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, penahanan itu berkaitan dakwaan mereka yang terlibat menubuhkan agensi pengambilan pekerja asing, bagi mendapatkan kelulusan daripada kementerian walaupun terdapat konflik kepentingan.

Sementara itu, V Sivakumar menggesa media supaya tidak membuat sebarang andaian mengenai siasatan SPRM.

“Saya dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi itu jika diperlukan.

“Justeru, saya berharap pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga siasatan SPRM selesai,” katanya.

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu, mengumumkan langkah baharu untuk menjadikan proses pengambilan pekerja asing lebih telus dan berperikemanusiaan.

Malaysia menunjukkan prestasi negatif dalam indeks hak asasi manusia global berhubung penganiayaan terhadap pekerja asing, di mana urus niaga pekerja asing Bangladesh sahaja bernilai RM7 bilion setahun.

Pekerja ini sering dieksploitasi, bekerja berjam-jam dalam keadaan tidak selamat dan tidak bersih dengan bayaran serendah RM1,500 sebulan, malah 50 peratus daripadanya gaji diperoleh selama dua tahun pertama, digunakan untuk membayar ejen. - The Vibes, 14 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar