web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Saman Ahmad Zahid, Tun M Dalam Proses Mediasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 6:39PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berbincang untuk menyelesaikan kes itu melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Perdana Menteri itu memfailkan saman terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kesnya yang masih berjalan di mahkamah.

Dr Mahathir pula menyaman Ahmad Zahid atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty'.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid ketika dihubungi berkata perkara itu dimaklumkan semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris hari ini.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 14 Julai 2023 secara dalam talian untuk mengetahui status mediasi bagi kedua-dua kes saman itu,” katanya.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir berkata jika pihak-pihak gagal mencapai penyelesaian, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 6 hingga 9 Nov ini untuk perbicaraan bagi kes saman Ahmad Zahid terhadap Dr Mahathir manakala perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Ahmad Zahid berlangsung selama empat hari bermula 11 September ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad