web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaji Awal: CUEPACS Nasihat Penjawat Awam Bijak Berbelanja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 5:02PM

CUEPACS berharap agar penjawat awam dapat menjadi pengguna yang bijak berbelanja dalam memenuhi kehendak mereka. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Adnan Mat menasihatkan penjawat awam untuk tidak berbelanja secara berlebihan agar dapat bertahan hingga kemasukan gaji seterusnya.

“CUEPACS merakamkan ribuan terima kasih atas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinannya untuk diawalkan pembayaran gaji dan BKKA bagi bulan April 2023.

“Gaji yang diterima itu sama pada setiap bulan sebenarnya jadi mereka (penjawat awam) telah pun meletakkan gaji itu untuk pembayaran tetap seperti bil utiliti, bayaran pinjaman dan perbelanjaan anak-anak yang bersekolah,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Adnan Mat
Adnan Mat

Beliau berkata dengan langkah itu, penjawat awam boleh merancang perbelanjaan supaya bersesuaian dengan kewangan mereka, agar Aidilfitri mampu disambut dengan lebih selesa dan meriah. 

Sebelum ini CUEPACS mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 17 April.

Adnan turut berharap penjawat awam dapat menjadi pengguna yang bijak berbelanja dalam memenuhi kehendak mereka. 

“Berbelanjalah mengikut bentuk acuan perbelanjaan masing-masing dan janganlah dalam bentuk acuan yang mereka tidak mampu kerana mereka akan merana jika perbelanjaan tidak disusun dengan lebih awal,” katanya. 

Sementara itu, seorang guru Mohd Hafiz Mohd Fami berkata beliau gembira apabila gaji dan BKKA diawalkan kerana dapat memberi nilai tambah kepada perbelanjaan keluarga untuk menyambut Aidilfitri.

"Saya bersyukur dan gembira kerana sedikit sebanyak saya dapat membeli barangan keperluan dan membuat persiapan dengan lebih awal menjelang hari raya,” katanya pada Bernama.

 Anggota keselamatan beruniform Muhammad Aiman Abd Aziz berkata apabila jadual gaji diawalkan ia dapat memberi peluang kepada yang sudah berkeluarga untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dan bagi yang bujang boleh digunakan kepada keluarga serta diri sendiri. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar