web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenaikan Elaun Guru KAFA Dibayar Secara Tunggakan - JAKIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 5:04PM

Pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), dibayar secara tunggakan bermula Januari lalu kepada semua pendidik itu di seluruh negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), dibayar secara tunggakan bermula Januari lalu kepada semua pendidik itu di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pembayaran bantuan one-off (sekali bayar) kepada guru KAFA, imam, bilal, siak dan takmir juga akan dibuat.

Menurutnya, JAKIM akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui kerajaan negeri, sebaik sahaja peruntukan itu diterima.

“JAKIM amat memahami akan kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara one-off kepada golongan itu, selain imam, bilal serta siak guru KAFA dan guru takmir, seperti diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

“Dengan kenyataan ini, JAKIM menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan, elaun guru KAFA akan dinaikkan sebanyak RM100.

Kenaikan itu menyaksikan peruntukan tambahan lebih RM40 juta, membabitkan 35,000 guru KAFA.

Justeru, setiap guru KAFA yang sebelum ini memperoleh elaun bulanan RM1,000, kini akan menerima RM1,100.

Anwar turut mengumumkan sumbangan khas bagi menghargai jasa kelompok individu yang berperanan mengimarahkan masjid.

Katanya, kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja (petugas masjid), marbut (pengurus masjid), guru KAFA dan guru takmir.

“Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini,” katanya. – Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar