web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Muflis Sedang Dalam Rundingan - Taikun Hartanah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 5:04PM

Lee Kim Yew - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Taikun hartanah, Tan Sri Lee Kim Yew mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak muflis, dengan menegaskan beliau berkemampuan walaupun mahkamah mengisytiharkannya bankrup pada Januari.

Ahli perniagaan berusia 68 tahun itu berkata, pengisytiharan pada 26 Januari oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang tular di media sosial semalam, adalah hasil tindakan mantan pegawainya, seorang warga Amerika Syarikat (AS) bernama Patrick Healy.

Menurut Kim Yew, Healy, mantan pegawai dalam syarikatnya yang kini dibubarkan di AS, Club Excellence Inc, memperoleh penghakiman RM3 juta yang memihak kepadanya di mahkamah timbang tara AS berhubung ‘isu peribadi’ yang tiada kaitan dengan syarikat itu.

Lee Kim Yew pada sidang media di sini hari ini.
Lee Kim Yew pada sidang media di sini hari ini.

“(Healy) kemudiannya menggunakan undang-undang kebankrapan Malaysia untuk membuat saya muflis di Malaysia.

“Selepas 26 Januari lalu, dia (Healy) merasakan satu kesilapan (membawa perkara itu ke Malaysia).

“Setakat 10 April, terma rundingan sedang dibincangkan oleh peguam dari kedua-dua pihak untuk mengetepikan perkara itu,” katanya yang juga pengasas dan penasihat County Heights Holdings Bhd pada sidang media, hari ini.

Lee Kim Yew mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak muflis dengan menegaskan beliau berkemampuan walaupun mahkamah mengisytiharkannya bankrup pada Januari.
Lee Kim Yew mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak muflis dengan menegaskan beliau berkemampuan walaupun mahkamah mengisytiharkannya bankrup pada Januari.

Kim Yew berkata, beliau merasakan seolah-olah menjadi ‘sasaran peribadi’ Healy apabila terdapat ‘banyak alternatif lain’ untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Kami berkawan…dia boleh duduk bersama saya dan bercakap mengenainya, tetapi dia memilih untuk menggunakan undang-undang kebankrapan.

“Saya membina karma saya (terhadap) beliau, (sebagaimana) saya telah membantu ramai orang semasa pandemik COVID-19,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak pernah menerima notis daripada Jabatan Insolvensi memaklumkan status muflisnya dan tidak diberitahu mengenai larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.

Beliau turut mempersoalkan tempoh masa dokumen mengenai status muflisnya bocor dalam talian dengan berkata, perkara itu menjadikannya ‘mangsa serangan warga asing’.

“Siapa yang membayar RM100 untuk membeli, pada 10 April, dokumen daripada Jabatan Insolvensi (pada pengisytiharan kebankrapan saya)? Siapa yang menggunakan helah kotor dan bukannya mengikut undang-undang Malaysia?” katanya.

Lee Kim Yew berkata, beliau sudah menulis surat kepada kerajaan ‘untuk mendapatkan perlindungan’ dan merayu kepada kerajaan agar membenarkan peguamnya meneruskan rundingan dengan pasukan guaman Healy bagi ‘mengetepikan perintah secara baik’.
Lee Kim Yew berkata, beliau sudah menulis surat kepada kerajaan ‘untuk mendapatkan perlindungan’ dan merayu kepada kerajaan agar membenarkan peguamnya meneruskan rundingan dengan pasukan guaman Healy bagi ‘mengetepikan perintah secara baik’.

Menyentuh mengenai rundingan dengan Healy, beliau berkongsi gambar surat undang-undang antara peguam kedua-dua pihak pada 16 Februari dan 10 April.

Kim Yew berkata, beliau sudah menulis surat kepada kerajaan ‘untuk mendapatkan perlindungan’ dan merayu kepada kerajaan agar membenarkan peguamnya meneruskan rundingan dengan pasukan guaman Healy bagi ‘mengetepikan perintah secara baik’.

“Jika gagal, saya akan memfailkan penyata hal ehwal saya kepada Jabatan Insolvensi dan mendepositkan wang tunai RM3 juta (kepada jabatan) untuk berurusan dengan Healy,” katanya.

Semalam, berita mengenai kebankrapan Kim Yew dilaporkan oleh media tempatan selepas tangkap layar dokumen mengenai perkara itu tular di media sosial.

Pada Februari lalu, Kim Yew mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif CHHB untuk membenarkan perubahan pengurusan sebagai sebahagian daripada transformasi kumpulan. - The Vibes, 13 April 2023

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar